Skip to main content

Posts

Love in Silence...

Di sudut sepi, Aku termenung sendiri, Hati bertalu lontarkan pertanyaan, Otak ligat mencari jawapan. Hati ini telah dicuri, Hati ini dipaut sepi, Aku gusar ianya satu dosa, Mencintainya tika aku mencari keredhoanNya. Ya Allah, Berkali engkau pertemukan kami, Berlalu berselisih bahu sudah selalu, Engkau tetapkan kami di suatu tempat, Namun peluang itu kami masih asing. TakdirMu melebihi segalanya, Kami bertemu jua akhirnya, Mula berkenalan dan jatuh hati, Ianya berlaku tanpa kami minta, Ianya jauh tersimpan di sudut hati. Aku merindui, aku menangisi, Aku mengadu padaNya memohon kekuatan, Mencintai dalam diam amatlah perit, Rasanya seperti ditoreh dengan belati. Dia menolak aku dengan sopan, Mencari cintaMu dahulu sebagai alasan, Aku tersenyum walaupun terkilan, Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Aku bersyukur dengan rasa ini, Aku bersyukur dipertemukan dengan dia, Dia membuat aku mencariNya, Dia membuat aku le...

Duhai BUNGAKU...

Pesanan buatmu bunga dunia.. Andai ada di antara kamu yang gagal Dalam berhajat mendapatkan cinta kaum Adam Usahlah engkau berhati walang Usah ditanya apa salah kamu pada dia Jangan disoal apa kurangnya kamu dan apa lebihnya dia Sebaliknya bungaku Ucaplah syukurmu pada Dia Yang telah memilih kamu untuk merasa kecewa Dalam berhajatkan cinta insani Tempiaskan tangismu dan bisikkanlah laramu Hanya pada Dia yang amat Pemurah Kerana telah meminjamkan cinta itu kepada kamu Adat meminjam haruslah dipulangkan Jangan pernah kau lupa akan kebenarannya itu Pasti engkau masih dalam dilema bungaku Masakan aku meminta kamu bersyukur bukan Pasti kamu merasakan yang aku gembira atas kesedihan kamu Tetapi itu semua jauh dari benar Aku pinta kamu bersyukur kerana harga kamu terlalu bernilai Kerana itu kamu tidak layak dimiliki oleh insani yang tidak berhajat Membawa hubungan itu kepada akad pernikahan Kerana itu engkau harus bersyukur Bersyukur kerana engkau terlepas dari tipu daya dun...

SWeet 19th.. :)

Assalamualaikum.. alhamdullilah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia-Nya dapat lagi kita menghirup udara dan menikmati kehidupan pada hari ini.. syukur kerana masih lagi dipnjangkan usia.. sweet 19th.. moga dgn bertambahnya usia seiring dgn bertambahnya amalan di dunia mahupun bekalan di akhirat.. thanks to all the people for supporting me.. to my roomate, QIRA, aUni, n Shu also  my classmate dila, hanna, aniis.. thanks 4 the surprise last night.. a sweet moment to remember.. really thankful to Allah for give this precious life..

Barakallah lakuma Puan Siraj & En. Amir

Assalamualaikum.... happy wedding to my ex-ketua dorm E34 Puan Siraj Munirah & En Amir.. may Allah bless u n happy ever after till Jannah... INsyaallah... :) tahniah.semoga berkekalan hingga akhir hayat.   perkahwinan sulung batch (KISAS) …..Jangan takut lepaskan cintamu dan bercinta dengan ALLAH, sebab ALLAH pasti akan menemukan dirimu dengan jodoh yang benar2 mencintai kamu.Bukankah orang yang soleh/solehah itu dekat dengan Tuhannya? Semakin kamu dekat dengan Tuhan, semakin dekatlah kamu dengan jodoh! P/S : saya ble lgi... :)

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba...

Ya Allah , Andai masanya belum tiba, Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta, Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, Agar Kau tunjukkan aku tuntun yang perlu aku lakukan, Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri... Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya, Maka hilanglah cintaku padanya, Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta... Ya Allah, Dan jika dia mencintai aku, Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga, Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu, Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu, Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga... Ya Allah, Jika ini bukan masanya, Jika ini belum saatnya,...

Bcoz Allah Loves U ...

عَنْ عُمَرَبْنِ الْخَطَّابِ قَالَ قَدِمَ عَلَيَّ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِسَبِيٍّ فَاِذَاامْرَأَةٌ مِنَ السَّبِيِّ تَبْتَغِى اِذَا وَجَدَتْ صَبِيًّا فِى السَّبِيِّ أَخَذَتْهُ فَاَلْصَقَتْهُ بِبَطْنِهَا وَأَرْضَعَتْهُ فَقَالَ لَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَتَرَوْنَ هَذِهِ اْلمَرْأَةَ طَارِحَةً وَلَدَهَا فِى النَّارِ قُلْنَا لاَ وَاللهِ وَهِيَ تَقْدِرُ عَلَى أَنْ تَطْرَحَهُ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم اَللهُ اَرْحَمُ مِنْ هَذِهِ بِوَلَدِهَا   Dari Umar bin al Khattab RA berkata:“Bahwa beliau datang menghadap Rasulullah SAW dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu ketika ia mendapatkan seorang anak di antara tawanan tersebut, dia langsung mengambil anak itu lalu memeluknya ke perut untuk disusui. Lalu Rasulullah SAW berkata kepada kami: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak, demi ALLA...