Skip to main content

Penumpang...

Kala laut sunyi hebat melambung ombak benci
Teroleng-oleng sampan kecil mengayuh cari daratan
Angin jangan hembus pergi tenang ini
Aku cuma penumpang menumpang damai lautmu
Cuba lari menjauh desir ribut cebis hati
Cuba tutup mata membutakan kejamnya dunia


Demi umurku bersumpah
Aku penumpang paling bertuah
Punya sampan kecil tapi kuat menongkah langkah
Walau compang camping bertampal gam rekahnya
Walau layar cuma sehelai sejadah buruk hadiah dari Tuhanku.
Malam bawa pergi matahariku
Siang bawa pergi bulanku
Penumpang buta tanpa cahaya
Meraba-raba di lautan belantara
Turun naik tinggi gunung ombak
Terkapai-kapai cari capai tangan Hidayahnya


Titis hujan tengkujuh ini menghanyut pergi lukisan mimpi
Dingin hembus nafas sang Murabbi bagai tanda aku dikasihi
Moga doa empati penumpang ini bisa terus menerobos hati Ilahi
Walau sesak sempit penjara sampan dilautan sunyi
Walau kencang angin tidak sayang padaku
Walau dikhianati bintang penunjuk jalan ini
Aku rela walau disimbah asid caci
Kerna aku penumpang sejati cuba cari titik sujud kasih Rabbul Izzati.


Demi umurku bersumpah
Aku penumpang paling bertuah...

Comments

Popular posts from this blog

HIDUP...

resah aku menatap buku kenangan.... buku yang diwarnai tinta-tinta suka dan duka seorang insan.. insan sepi... insan luka.. insan bahagia...insan curiga... tangis dan nangis.. tawa dan ria.. Sudah tebalkah rasa tabah ku? sudah tepukah rasa kuat ku? sehingga berani menolehi satu persatu halaman buku kenangan kehidupan laluku.. atau.. akukan tejelopok dibumi rindu... mencakar-cakar tanah dendam... pada insan-insan yang telah memberikan kan aku kenangan...suka dan duka atau.... aku tetap seperti ini...? tegar hadapi segalanya.... tak seperti dulu lagi... selama nya.....

aDDITIonal Mathematics???

Hari ni nak share satu benda.. memang sedeh tahap max..huhu.. addmath kertas jwpan satu tercicir..n ckgu baru jumpa dekat blik exam.. cuak gler dgr..nak marah pun ade.. waaaa... kertas tu dpt full mark tp ckgu xnak tmbah coz ckgu ckp salah aku.. xclip krtas jwpn lek lok.. sedehnye... laz2 dpt C..kalo x dapt B.. mak aii..jauh bezanya.. xpela.. maybe ada hikmahnya.. sabar itu sebahagian dari iman.. so, THINK POSITIF.. Even u feel so frust.. :(

Pemilihan Kursus Selepas SPM...

Apabila pelajar lepasan SPM tamat mengambil peperiksaan, mereka sepatutnya mula memikirkan hala tuju mereka. Ini kerana pemilihan tersebut akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang, jadi pemilihan tersebut mestilah bergantung kepada individu itu sendiri, jangan terikut kawan2 atau orang lain. Kepada mereka yang terpilih mengikuti PLKN, anda seharusnya pergi kerana anda akan dapat kawan dan pengalaman baru, namun jika anda mengalami masalah kesihatan, anda bolehlah dikecualikan. Mereka yang tidak terpilih, anda jangan rungsing, anda boleh memohon jika ada kekosongan. Jika anda tidak mahu terlibat juga dengan PLKN kerana tidak dipilih, anda boleh bekerja sementara di mana2 (dengan kebenaran penjaga)supaya anda mempunyai pengalaman berkomunikasi dengan masyarakat. Kemudian anda bolehlah memikirkan apakah hala tuju selepas itu, antaranya :- 1. Memohon matrikulasi - Ini merupakan laluan ekspress untuk pelajar bumiputra untuk memasuki IPTA tetapi anda kena belajar bersungguh2...