Skip to main content

10 Tempat Paling Cantik Di Dunia...

10. Pamukkale, Turki



Pamukkale dalam bahasa Turki bermaksud istana kapas, dan juga dipanggil istana putih kerana persekitarannya yang keputihan disebabkan oleh kepekatan calcite yang tinggi di dalam air. Endapan sedimen dari batu travertine menghasilkan teres putih, air terjun yang membatu dan hutan mineral yang membentuk landskap di sekitarnya.


17 mata air panas di sini pula dipanaskan oleh gunung berapi bawah tanah. Kawasan ini juga menjadi spa untuk berubat sejak ribuan tahun dan menarik pengunjung dari serata dunia, selain kerajaan Rom pernah membina kota kuno Hieropolis di sini penpatah.

9. Sanqingshan, China






Sanqingshan yang dianggap sebagai tempat suci ini digunakan oleh penganut agama Tao untuk meditasi, dan dipercayai mampu memberikan keabadian hidup penpatah Tempat ini diselubungi kabus selama 200 hari setahun dan kabus ini menyumbang kepada persekitaran yang sangat menyamankan, bersama-sama dengan beribu-ribu anak sungai yang mengalir ke tasik-tasik, formasi batu granit yang menyerupai bentuk manusia dan haiwan dan pokok-pokok pain yang berbentuk unik.

Tasik-tasik dan tumbuh-tumbuhan mewujudkan persekitaran unik yang menarik banyak spesis burung dan haiwan eksotik yang jarang dijumpai.


8. Vale Da Lua, Brazil






Tempat ini merupakan lembangan batu yang terbentuk hasil hakisan dari Sungai San Miguel. Vale Da Lua bermaksud lembah bulan dan diberikan nama tersebut kerana hakisan dari sungai menyebabkan batu tersebut menjadi licin dan berwarna kelabu seperti di bulan penpatah Lembah ini juga mempunyai batu tertua di dunia, degan anggaran usia menjangkau 1.8 billion tahun. Sungai tersebut pula telah membentuk gua, air terjun dan pembentukan batu yang pelik. Jika dilihat dari angkasa lepas, kawasan ini merupakan yang paling bercahaya di bumi.

7. Socotra, Yaman




Socotra digambarkan sebagai salah satu tempat yang kelihatan seperti asing dari planet lain penpatah Ianya sangat terasing dengan iklim yang ekstrem dan kering, dan hasilnya satu pertiga daripada tumbuhan di sini tidak terdapat di tempat-tempat lain, termasuk pokok Darah Naga yang terkenal, tumbuhan luar biasa berbentuk seperti payung yang mengeluarkan getah berwarna merah.

Socotra dianggap sebagai tempat mempunyai paling banyak kepelbagaian tumbuhan di tanah Arab dan disenaraikan sebagai tapak warisan dunia.

6. Laut Mati, Jordan





Laut Mati yang juga dikenali sebagai Laut Garam ini terletak di sempadan Jordan dan Israel. Ianya terletak di ketinggian paling rendah di atas permukaan bumi. Disebabkan kemasinan dan kepadatan yang sangat tinggi, ianya digelar Laut Mati dan airnya lebih masin berbanding air laut. Ianya juga terkenal dengan sifatnya yang boleh mengapungkan manusia di atas permukaan air penpatah. Hidupan air seperti ikan juga tidak mampu untuk hidup di sini.
 
5. Great Blue Hole, Belize






Lubang dalam yang digelar sebagai Blue Hole ini boleh didapati di perairan Bahamas dan Belize. Lubang ini selalunya merupakan pintu masuk ke rangkaian gua dan ada di antara kepanjangannya mencecah sehingga 14 kilometer. Penyelam telah melaporkan menjumpai sejumlah besar makhluk akuatik yang masih baru kepada sains.

4. Chocolate Hills, Bohol, Filipina





Chocolate Hills merupakan tempat tarikan pelancong paling popular di Bohol, Filipina yang disenaraikan di nombor 6 dalam tujuh keajaiban baru dunia. Kawasan bukit ini terdiri daripada kira-kira 1268 bukit batu kapur yang dilitupi rumput berbentuk kon dengan ketinggian antara 40-120 meter penpatah Chocolate Hills yang merupakan satu keajaiban alam ini juga disenaraikan sebagai tugu geologi nasional Filipina.

Semasa musim panas, bukit batu kapur yang dilitupi rumput ini akan mengering dan bertukar warna menjadi perang, mengubah kawasan ini menjadi barisan bukit yang kelihatan seperti coklat. Direkodkan bahawa tiada pembentukan semulajadi yang seumpamanya di dunia.

3. Rio Tinto, Sepanyol




Sungai Rio Tinto mengalir dari gunung Sierra Moreno hingga ke Teluk Cadiz di Huelva, Sepanyol. Rio Tinto bermaksud sungai merah dan ini bertepatan dengan keadaan sungai ini yang berwarna merah disebabkan tahap besi yang tinggi. Sungai ini dilombong untuk tembaga, emas dan perak sejak dari zaman kuno dan berterusan sehingga hari ini.

Ianya juga mempunyai lombong tertua di dunia, yang dipercayai peninggalan Nabi Sulaiman. Disebabkan aktiviti perlombongan, sungai ini mempunyai kadar asid yang tinggi dan menjadi habitat kepada organisma yang hanya hidup dalam keadaan ekstrem.

2. Fly Geyser Reno, Nevada





Pancutan air panas ini terhasil secara tidak sengaja daripada penggerudian mencari telaga air, walaupun ianya tidak terbentuk sehinggalah tahun 1960. Tempat yang mempunyai kawasan geoterma ini telah menyebabkan air panas terpancut ke atas permukaan dan mineral mula terbentuk yang akhirnya menghasilkan gunung berapi kecil setinggi 5 kaki, dengan lapisan teres penpatah Teres tersebut mempunyai warna berlainan disebabkan mineral yang terdapat di situ. Tempat yang asalnya tidak mempunyai banyak air ini telah menarik angsa, itik, ikan dan juga haiwan-haiwan ke sini.

1. Cano Cristales, Colombia





Cano Cristales merupakan sungai yang terletak di pergunungan Serrania de la Macarena. Kawasan ini sangat terpencil di mana cara untuk ke sana hanyalah dengan menaiki kuda, keldai atau berjalan kaki. Kawasan ini dipenuhi dengan air terjun, jeram dan perigi di mana airnya sangat jernih hingga permukaannya boleh jelas dilihat.

Dalam tempoh antara musim hujan dan musim kemarau yang berlaku antara September-November, sungai tersebut akan bertukar dengan dipenuhi warna. Alga di dalam sungai menghasilkan campuran warna merah, biru, hijau, hitam dan kuning penpatah Sungai ini juga tidak mempunyai ikan kerana salurannya yang rumit dan bersimpang-siur. Sungai ini juga dipanggil The River of Five Colours, The Liquid Rainbow dan The River That Ran Away From Paradise.

p/s : teringin nak lawat salah satu tempat nie..in my wishlist maybe..hehe  =)

Comments

Popular posts from this blog

HIDUP...

resah aku menatap buku kenangan.... buku yang diwarnai tinta-tinta suka dan duka seorang insan.. insan sepi... insan luka.. insan bahagia...insan curiga... tangis dan nangis.. tawa dan ria.. Sudah tebalkah rasa tabah ku? sudah tepukah rasa kuat ku? sehingga berani menolehi satu persatu halaman buku kenangan kehidupan laluku.. atau.. akukan tejelopok dibumi rindu... mencakar-cakar tanah dendam... pada insan-insan yang telah memberikan kan aku kenangan...suka dan duka atau.... aku tetap seperti ini...? tegar hadapi segalanya.... tak seperti dulu lagi... selama nya.....

aDDITIonal Mathematics???

Hari ni nak share satu benda.. memang sedeh tahap max..huhu.. addmath kertas jwpan satu tercicir..n ckgu baru jumpa dekat blik exam.. cuak gler dgr..nak marah pun ade.. waaaa... kertas tu dpt full mark tp ckgu xnak tmbah coz ckgu ckp salah aku.. xclip krtas jwpn lek lok.. sedehnye... laz2 dpt C..kalo x dapt B.. mak aii..jauh bezanya.. xpela.. maybe ada hikmahnya.. sabar itu sebahagian dari iman.. so, THINK POSITIF.. Even u feel so frust.. :(

Pemilihan Kursus Selepas SPM...

Apabila pelajar lepasan SPM tamat mengambil peperiksaan, mereka sepatutnya mula memikirkan hala tuju mereka. Ini kerana pemilihan tersebut akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang, jadi pemilihan tersebut mestilah bergantung kepada individu itu sendiri, jangan terikut kawan2 atau orang lain. Kepada mereka yang terpilih mengikuti PLKN, anda seharusnya pergi kerana anda akan dapat kawan dan pengalaman baru, namun jika anda mengalami masalah kesihatan, anda bolehlah dikecualikan. Mereka yang tidak terpilih, anda jangan rungsing, anda boleh memohon jika ada kekosongan. Jika anda tidak mahu terlibat juga dengan PLKN kerana tidak dipilih, anda boleh bekerja sementara di mana2 (dengan kebenaran penjaga)supaya anda mempunyai pengalaman berkomunikasi dengan masyarakat. Kemudian anda bolehlah memikirkan apakah hala tuju selepas itu, antaranya :- 1. Memohon matrikulasi - Ini merupakan laluan ekspress untuk pelajar bumiputra untuk memasuki IPTA tetapi anda kena belajar bersungguh2...