Skip to main content

BILA IMAN BERBICARA...


Kita ni manusia biasa
Nak kata sempurna?
Check balik hati kita
Mungkin ada yang tak kena
Bila dah dikatakan manusia biasa
Tak pernah lepas kan dari melakukan dosa?
Orang yang dipandang mulia juga sama
Apatah lagi yang hina dina
Tapi kerana Maha Penyayangnya ALLAH
DIA tutup aib kita
Itupun masih kita nak sombong kita nak lupa?
Bila diri terasa berdosa
Itulah tanda iman mula bersuara
Kita ni dah terlalu lalai dan alpa
Maka kerana CINTAnya ALLAH pada kita
Dia beri rasa
Itulah rasa yang kita rasa
Rasa yang berdosa
Bila iman sudah bersuara
Janganlah kita ignore je
Bukannya apa
Bila dah tak terasa apa-apa
Maksiat pun dirasakan biasa
Hati-hatilah
Khuatir daripada Allah cinta jadi murka.
Yakinilah Allah
Beranilah melakukan sesuatu kerana-NYA.
Allah akan beri yang terbaik menurut-NYA.
Walaupun sesekali kita sombong merasakan kita ada segalanya.

p/s : Nak sesuatu yang ALLAH redha, jadi kenalah buat perkara yang Allah redha. Redha Allah tu bukan sekadar kata-kata tanpa makna. ;)




Comments

Popular posts from this blog

HIDUP...

resah aku menatap buku kenangan.... buku yang diwarnai tinta-tinta suka dan duka seorang insan.. insan sepi... insan luka.. insan bahagia...insan curiga... tangis dan nangis.. tawa dan ria.. Sudah tebalkah rasa tabah ku? sudah tepukah rasa kuat ku? sehingga berani menolehi satu persatu halaman buku kenangan kehidupan laluku.. atau.. akukan tejelopok dibumi rindu... mencakar-cakar tanah dendam... pada insan-insan yang telah memberikan kan aku kenangan...suka dan duka atau.... aku tetap seperti ini...? tegar hadapi segalanya.... tak seperti dulu lagi... selama nya.....

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan...

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki. 2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan. 3. Suka Menunduk Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita se...

FAMOUS AMOS HORLICKS COOKIES

Bahan-bahan: 1 buku buttercup 1 1/2 cawan gula castor 1 biji telur 1 penutup esen vanilla 1 sudu besar soda bikarbonat 1sudu besar baking powder 1 cawan minyak masak 3 1/2 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan tepung jagung 1 1/2 cawan horlicks 1/2 cawan susu tepung 1 cawan almond nibs (bakar dahulu dalam 5 minit) 1 cawan beryls milk choc coin 1/2 cawan dark choc chip 1/2 cawan caramel chip  Cara-cara: Satukan butter, gula castor, telur dan esen vanilla. Kacau dengan senduk hingga sebati. Masukkan horlicks, susu tepung, soda bikarbonat, baking soda, tepung gandum dan tepung jagung. Kacau hingga sebati. Kemudian tuangkan minyak sedikit demi sedikit sehingga adunan konsisten. Kacau lagi. Adunan akan menjadi sedikit lembik, jangan risau. Masukkan choc coins, almond nibs, dark choc, caramel chip. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam chiller dalam 15 minit. Cubit atau masukkan ke dalam piping bag. Bentukkan bulat kecil dan letakkan atas loyang. Bakar dengan suhu 150 degree atau selama 15 mi...