Melancarkan sistem pencernaan Sebenarnya, jus buah lemon yang hangat kaya dengan kandungan mineral dan vitamin yang mampu untuk mengeluarkan racun dalam badan melalui sistem pencernaan badan kita. Selain daripada itu, ia mampu untuk mencegah daripada kembung perut dan bagus untuk pesakit kanser mengamalkan jus lemon ini untuk membantu kelancaran sistem pencernaan dalam badan. Sebagai diuretic Buah lemon kaya dengan kandungan asam sitrat. Asam sitrat yang terkandung dalam buah lemon mampu untk memaksimumkan fungsi enzim yang merangsangorgan hati untuk melakukanproses detoks secara keseluruhan melalui air kencing. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan Seperti yang anda ketahui, lemon kaya dengan vitamin C yang sangat bagus untuk mencegah dan merawat jangkitan kuman, selain daripada itu, lemon kaya dengan kalium yang mampu merangsang fungsi otak dan saraf-saraf dalam tubuh badan serta berperanan mengawal tekanan darah. Selain kaya dengan vitamin C, buah lemon...