Terima sahaja apa yang berlaku. Semua dengan izin-Nya.
‘Menerima’ itu rahsia untuk bahagia.
Bila kita ‘tidak menerima’ sesuatu peristiwa yang tidak diingini, kita akan menderita penyakit ‘marah’. Bila kita ‘menerima’, ia menjadi kesembuhan ‘toleransi.’
Bila kita ‘tidak menerima’ sesuatu yang tidak dijangka, ia akan menjadi ‘ketakutan.’ Bila kita ‘menerima’, ia akan menjadi ‘cabaran.’
Bila kita ‘tidak menerima’ perlakukan buruk seseorang terhadap kita, ia menjadi ‘kebencian.’ Bila kita ‘menerima’, ia menjadi ‘kemaafan.’
Bila kita ‘tidak menerima’ kejayaan seseorang, ia akan menjadi ‘hasad dengki.’ Bila kita ‘menerima’, ia menjadi ‘inspirasi.’
‘Penerimaan’ adalah kunci mengurus kehidupan dengan baik...
-bf in dreamer-
Comments
Post a Comment