Skip to main content

Genre muzik fusion ..



TAHUKAH anda hampir kesemua genre muzik kecuali muzik tradisional berasal dari muzik fusion. Genre muzik fusion adalah genre yang menggabungkan dua atau lebih genre bersama. Sebagai contoh, rock and roll mengikut asal usulnya terbentuk daripada gandingan fusion antara blues, gospel, dan muzik country.

Karakter utama genre fusion terletak pada variasi tempo, rhythm dan kadangkala usia perjalanan muzikal yang terbahagi kepada bahagian-bahagian kecil setiap satu dengan dinamik, gaya dan tempo yang tersendiri.

Artis yang cenderung dengan genre fusion biasanya sukar untuk dikategorikan di dalam kelompok gaya bukan fusion. Ini memandangkan sifatnya yang dipengaruhi pelbagai genre muzik. Sememangnya ada banyak sebab lain yang menyebabkan muzik fusion bersifat begini, antara yang paling utama ialah kebanyakan genre melalui evolusi selepas menyatu dan bercambah dari genre yang lain.

Apabila genre baru itu akhirnya berjaya membina identiti tersendiri dan berbeza dari yang lain seringkali terdapat ruang tertentu yang tidak dapat dikenal pasti pemuzik. Kalangan artis begini biasanya menganggap diri mereka sebahagian daripada kedua-dua genre.

Pemuzik yang cukup dominan dalam permainan muzik blues, dengan pengaruh rock sering dilabel sebagai pemuzik blues-rock.

Genre induk atau pertama menjadi punca kepada percambahan satu lagi genre baru. Manakala genre kedua pula lebih baru dan kurang dominan dalam permainan seseorang artis.

Antara contoh kumpulan blues-rock adalah Stevie Ray Vaughan dan Double Trouble. Vaughan, seorang pemain gitar blues dari Texas dibesarkan dalam dunia yang di dominasi muzik rock, menggunakan muzik rock dan blues bersama.

Antara genre yang boleh dikategori sebagai fusion seperti folk punk, J-Ska, Rap rock, Blues Rock, Cantopop, Electro-goth, industrial rock, jazz rap, funk rock dan banyak lagi.

Comments

Popular posts from this blog

HIDUP...

resah aku menatap buku kenangan.... buku yang diwarnai tinta-tinta suka dan duka seorang insan.. insan sepi... insan luka.. insan bahagia...insan curiga... tangis dan nangis.. tawa dan ria.. Sudah tebalkah rasa tabah ku? sudah tepukah rasa kuat ku? sehingga berani menolehi satu persatu halaman buku kenangan kehidupan laluku.. atau.. akukan tejelopok dibumi rindu... mencakar-cakar tanah dendam... pada insan-insan yang telah memberikan kan aku kenangan...suka dan duka atau.... aku tetap seperti ini...? tegar hadapi segalanya.... tak seperti dulu lagi... selama nya.....

FAMOUS AMOS HORLICKS COOKIES

Bahan-bahan: 1 buku buttercup 1 1/2 cawan gula castor 1 biji telur 1 penutup esen vanilla 1 sudu besar soda bikarbonat 1sudu besar baking powder 1 cawan minyak masak 3 1/2 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan tepung jagung 1 1/2 cawan horlicks 1/2 cawan susu tepung 1 cawan almond nibs (bakar dahulu dalam 5 minit) 1 cawan beryls milk choc coin 1/2 cawan dark choc chip 1/2 cawan caramel chip  Cara-cara: Satukan butter, gula castor, telur dan esen vanilla. Kacau dengan senduk hingga sebati. Masukkan horlicks, susu tepung, soda bikarbonat, baking soda, tepung gandum dan tepung jagung. Kacau hingga sebati. Kemudian tuangkan minyak sedikit demi sedikit sehingga adunan konsisten. Kacau lagi. Adunan akan menjadi sedikit lembik, jangan risau. Masukkan choc coins, almond nibs, dark choc, caramel chip. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam chiller dalam 15 minit. Cubit atau masukkan ke dalam piping bag. Bentukkan bulat kecil dan letakkan atas loyang. Bakar dengan suhu 150 degree atau selama 15 mi...

Kebaikan Membanyakkan Selawat...

Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja." Abu Umamah r.a