Skip to main content

Marhaban Ya Ramadhan...

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan kepada selurh umat Islam yang menjalani ibadah puasa..
ALhamdulillah diberi nikmat kedua untuk berpuasa di Perantauan (UMS)..
Moga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada semua..

Bersyukurlah dengan apa sahaja yang kita ada walaupun mungkin sedikit sahaja yang kita ada.
Kualiti itu lebih baik daripada kuantiti. 
Biar sedikit tapi punyai nilai tinggi. 
Syukur itu besar untuk jiwa kita. 
Sabar itu juga sesuatu yang mulia dalam hidup kita yang mampu mengatasi segala macam kekurangan. 

Doalah untuk dapatkan kesederhaan dalam hidup, doalah untuk mendapatkan keredhaan, rahmat dan apa-apa jua yang terbaik untuk kita, kerana itu Allah yang lebih tahu.

Makna Ramadhan dapat disimpulkan dalam satu ayat ini:

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa."
[al-Baqarah, 3:183]

 


“Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pon yang dibuka, dibuka segala pintu sorga hingga tidak ada satu pintu pon yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru, 'Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan).' Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan).”

(Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.) 
 
 
 
 
P/s : 
last paper (ECONOMIC TOURISM) for tomorrow... may ALLah ease and bless...amin... =)
 


 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Langkah Tercipta - Unic...

Semalam aku kelukaan, kecewa kehampaan, mencalar ketabahan, mimpi yang sering ku harapkan, menjadi kenyataan, namun tak kesampaian. Allah… Inginku hentikan langkah ini, bagaikan tak mampu untuk ku bertahan, semangat tenggelam, lemah daya, haruskah aku mengalah, namun jiwaku berbisik, inilah dugaan. Dan langkahku kini terbuka, pada hikmah dugaan, uji keimanan (menguji keimanan), tak dilontarkanNya ujian, di luar kekuatan, setiap diri insan. Allah… Pimpinlah diriku, tuk bangkit semula, meneruskan langkah, perjuangan ini, cekalkan hati dan semangatku, kurniakan ketabahan, agar mimpi jadi nyata, padaMu ku meminta. Daku mohon agung kudratMu, wahai Tuhan yang satu, segalanya dariMu.

FAMOUS AMOS HORLICKS COOKIES

Bahan-bahan: 1 buku buttercup 1 1/2 cawan gula castor 1 biji telur 1 penutup esen vanilla 1 sudu besar soda bikarbonat 1sudu besar baking powder 1 cawan minyak masak 3 1/2 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan tepung jagung 1 1/2 cawan horlicks 1/2 cawan susu tepung 1 cawan almond nibs (bakar dahulu dalam 5 minit) 1 cawan beryls milk choc coin 1/2 cawan dark choc chip 1/2 cawan caramel chip  Cara-cara: Satukan butter, gula castor, telur dan esen vanilla. Kacau dengan senduk hingga sebati. Masukkan horlicks, susu tepung, soda bikarbonat, baking soda, tepung gandum dan tepung jagung. Kacau hingga sebati. Kemudian tuangkan minyak sedikit demi sedikit sehingga adunan konsisten. Kacau lagi. Adunan akan menjadi sedikit lembik, jangan risau. Masukkan choc coins, almond nibs, dark choc, caramel chip. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam chiller dalam 15 minit. Cubit atau masukkan ke dalam piping bag. Bentukkan bulat kecil dan letakkan atas loyang. Bakar dengan suhu 150 degree atau selama 15 mi...

BILA IMAN BERBICARA...

Kita ni manusia biasa Nak kata sempurna? Check balik hati kita Mungkin ada yang tak kena Bila dah dikatakan manusia biasa Tak pernah lepas kan dari melakukan dosa? Orang yang dipandang mulia juga sama Apatah lagi yang hina dina Tapi kerana Maha Penyayangnya ALLAH DIA tutup aib kita Itupun masih kita nak sombong kita nak lupa? Bila diri terasa berdosa Itulah tanda iman mula bersuara Kita ni dah terlalu lalai dan alpa Maka kerana CINTAnya ALLAH pada kita Dia beri rasa Itulah rasa yang kita rasa Rasa yang berdosa Bila iman sudah bersuara Janganlah kita ignore je Bukannya apa Bila dah tak terasa apa-apa Maksiat pun dirasakan biasa Hati-hatilah Khuatir daripada Allah cinta jadi murka. Yakinilah Allah Beranilah melakukan sesuatu kerana-NYA. Allah akan beri yang terbaik menurut-NYA. Walaupun sesekali kita sombong merasakan kita ada segalanya. p/s :  Nak sesuatu yang ALLAH redha, jadi kenalah buat perkara yang Allah redha. Redha Allah tu bukan sekadar...