Skip to main content

Kekasih Yang Terindah...

Kekasih

lewat senja rindu mula bertamu
mengharap penyesalan atas dosa-dosa silam
lalu aku bertasbih di Mahgrib ini
melangkah Isyak yang menanti


Tengah malam aku yang sepi
aku terlena dalam doa yang panjang
mengharap Engkau mendengar
kerana Engkau Maha Mendengar
mengharap Engkau mengerti
kerana Engkau Maha Mengetahui


Silamku adalah satu pengajaran yang pahit
mengenal manusia dan keperibadian
melalui cerca dan makian
ditambah fitnah yang amat mengejutkan


Tuhanku,

Rebahkanlah daku dalam pangkuan-Mu
dakaplah daku seeratnya dalam pelukan Islam-Mu
kerana tiada yang lain tempatku berserah
melainkan kepada-Mu,Ya Allah…

Comments

Popular posts from this blog

BILA IMAN BERBICARA...

Kita ni manusia biasa Nak kata sempurna? Check balik hati kita Mungkin ada yang tak kena Bila dah dikatakan manusia biasa Tak pernah lepas kan dari melakukan dosa? Orang yang dipandang mulia juga sama Apatah lagi yang hina dina Tapi kerana Maha Penyayangnya ALLAH DIA tutup aib kita Itupun masih kita nak sombong kita nak lupa? Bila diri terasa berdosa Itulah tanda iman mula bersuara Kita ni dah terlalu lalai dan alpa Maka kerana CINTAnya ALLAH pada kita Dia beri rasa Itulah rasa yang kita rasa Rasa yang berdosa Bila iman sudah bersuara Janganlah kita ignore je Bukannya apa Bila dah tak terasa apa-apa Maksiat pun dirasakan biasa Hati-hatilah Khuatir daripada Allah cinta jadi murka. Yakinilah Allah Beranilah melakukan sesuatu kerana-NYA. Allah akan beri yang terbaik menurut-NYA. Walaupun sesekali kita sombong merasakan kita ada segalanya. p/s :  Nak sesuatu yang ALLAH redha, jadi kenalah buat perkara yang Allah redha. Redha Allah tu bukan sekadar...

Lirik Langkah Tercipta - Unic...

Semalam aku kelukaan, kecewa kehampaan, mencalar ketabahan, mimpi yang sering ku harapkan, menjadi kenyataan, namun tak kesampaian. Allah… Inginku hentikan langkah ini, bagaikan tak mampu untuk ku bertahan, semangat tenggelam, lemah daya, haruskah aku mengalah, namun jiwaku berbisik, inilah dugaan. Dan langkahku kini terbuka, pada hikmah dugaan, uji keimanan (menguji keimanan), tak dilontarkanNya ujian, di luar kekuatan, setiap diri insan. Allah… Pimpinlah diriku, tuk bangkit semula, meneruskan langkah, perjuangan ini, cekalkan hati dan semangatku, kurniakan ketabahan, agar mimpi jadi nyata, padaMu ku meminta. Daku mohon agung kudratMu, wahai Tuhan yang satu, segalanya dariMu.

Perigi Cari Timba

Malu adalah sifat wanita. Sesungguhnya sifat malu itu ada pada setiap insan. Biarlah malu itu bertempat. Siapa yang memulakan langkah dahulu sama ada lelaki atau wanita itu tidak penting. Yang penting langkah itu bermula. Tiada istilah perigi cari timba di dalam Islam. Sebaik-baik percintaan adalah bercinta selepas bernikah.