Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Elektrik dalam tubuh....

RENJATAN elektrik juga boleh dirasakan penghidap penyakit tulang belakang cakera prolaps ketika tubuh berada dalam kedudukan tertentu. -------------------------------------------------------------------------------- SUFFIAN BAKHTIAR memang terkenal dengan sifat periang dan penuh kejutan oleh rakan-rakannya. Tetapi akhir-akhir ini Suffian, 42, menyedari yang dia memang benar-benar boleh mengejutkan rakannya iaitu dengan kejutan elektrik! Bukan sekali dua dan bukan seorang dua yang pernah mengadu mereka disengat elektrik ringan kala tersentuh lengannya. Ia dapat dilihat apabila rakannya serta-merta menarik tangan mereka. Adakalanya Suffian turut merasai renjatan itu apabila rakannya menyentuhnya. Dia juga mengakui pernah mengalami kejutan elektrik apabila menyentuh objek besi di pejabatnya. Sungguhpun tidak terjadi setiap kali bersentuhan, Suffian mula bimbang apabila anak perempuannya mengadu adakalanya ‘sakit’ saat tersentuh tangannya. Suffian terfikir apakah yang tidak kena pada dirin
Kala hati menangis, Siapakah yang mampu mendengarnya, Memujuknya, Juga mengubatnya? Ibu?? Rasa terlalu membebankan ibu, Sudah sering aku mengadu, Aku malu terus-terusan mengadu, Walau riaknya, Seolah-olah mereka dihargai, Aku tahu.. Ibu sentiasa bersedia, Mendengar setiap yang dibicarakan, Mengeluarkan kalimah, Yang menyejukkan.. Tapi maaf, Aku tak mahu ibu turut bersedih, Melihat dan mendengar luahan hatiku, Ayah?? Raut wajah nya memilu kan hatiku, Tak sanggup aku menambahkannya, Tanggungjawab yang dipikulnya, Sudah cukup menyatakan bebanannya, Tegakah aku melihat ayah, Terus terbeban? Tidak!! Walau aku tahu ayah ikhlas, Cukuplah aku yang merasakan.. Sahabat?? Aku tahu engkau ikhlas mendengarnya, Tapi engkau takkan faham, Apa yang bermukim di hatiku, Aku hargai keikhlasan mu, Mendengar setiap yang kuluahkan, Memberi semangat kala aku terjatuh, Maafkan aku, Walau engkau tak dapat mengerti sepenuhnya, Aku tahu 1000 kali dihatimu terdetik, "Andai aku dapat merasainya", Aku sun

aDDITIonal Mathematics???

Hari ni nak share satu benda.. memang sedeh tahap max..huhu.. addmath kertas jwpan satu tercicir..n ckgu baru jumpa dekat blik exam.. cuak gler dgr..nak marah pun ade.. waaaa... kertas tu dpt full mark tp ckgu xnak tmbah coz ckgu ckp salah aku.. xclip krtas jwpn lek lok.. sedehnye... laz2 dpt C..kalo x dapt B.. mak aii..jauh bezanya.. xpela.. maybe ada hikmahnya.. sabar itu sebahagian dari iman.. so, THINK POSITIF.. Even u feel so frust.. :(

Tips Amalan Pemakanan Sihat...

#Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring. #Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut. #Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan. #Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. #Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi. #Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas. #Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna. #Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi #Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. #Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin. #Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan

Selamat Datang Rejab...

Bulan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan yang banyak. Sesungguhnya Allah menganugerahkan rahmat kepada hamba-hambaNya dalam bulan ini. Barangsiapa memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan mereka dengan seribu kemuliaan. Gandingan 3 bulan (Rejab, Sya'aban dan Ramadhan) merupakan satu tempoh yang amat berkat. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri.

Titipan Buat Teman...

Ya Sodiqi. sedarlah kita adalah penyambung dakwah Nubuwwat, generasi yang dilahirkan untuk menegakkan kalimah "Lailahaillallah", kita adalah umat terpilih untuk memperjuangkan Dinul Islam, meneruskan perjuangan para sahabat dan Rasul junjungan, dalam menegakkan agama Allah yang diredhai. Wahai Rajul penegak Islami. Hentikanlah kelalaian dalam mengharungi arus duniawi. selamilah dirimu mencari kekuatan hakiki, demi Islam yang dicintai. Harumi jiwamu dengan tarbiah Islami, agar hatimu sekental Umar Al-Khattab,Hamzah 'Asadullah dan Salahuddin Al-Ayubi, tidak gentar berjuang di jalan Ilahi. Duhai akhawat mukminah sejati, inginku ingatkan kita adalah sayap kiri perjuangan lelaki sejati. Kelembutan dan keindahan akhlakmu penghias peribadi. Tuturmu berhikmah penuh teliti, menjadi dambaan syabab pilihan Ilahi. Pagari dirimu dengan syariat Islami. Jadilah mawar berduri yang sukar dipetik lelaki, agar mereka mengerti dirimu sukar dimiliki, tanpa iman yang teguh di hati. Wahai sahab

inhERITANCE...

Glossary: Allele: An alternative form of a gene. Dominant Allele: The allele that takes precedence over the recessive allele, and therefore shows itself in the population much more regularly. Gamete: A haploid (one copy of DNA) egg or sperm cell, gametes unite during fertilization to form a diploid (two copies) gamete. Gene: One of the many discrete units of hereditary information located on the chromosomes and consisting of DNA. Genotype: The genetic makeup of an organism, usually discussed in terms of the two alleles whether they are homozygous or heterozygous. Heterozygous: An organism that has two differing alleles for a gene, one dominant, one recessive. Homozygous: An organism that has two identical alleles for a certain gene. Usually followed by the form of the alleles, for instance homozygous recessive, which would show the scarce trait. Hybrid: An organism that is a cross between two differing varieties. Often times, this organism's genotype will be heterozygous. Outcross

APRICOT KERNELS (BIJI APRIKOT) PENCEGAH DAN PENYEMBUH KANSER...

Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan khasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser). Merupakan pembunuh senyap. Amigdalin (Vitamin B17) dapat di perolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan . Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari Apricot Kernels B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin ( mempunyai rasa pahit - badam manis tidak mengandungi B17 ), epal pips, benih-benih anggur, sekuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain. Terdapat banyak cara ya

Kekasih Yang Terindah...

Kekasih lewat senja rindu mula bertamu mengharap penyesalan atas dosa-dosa silam lalu aku bertasbih di Mahgrib ini melangkah Isyak yang menanti Tengah malam aku yang sepi aku terlena dalam doa yang panjang mengharap Engkau mendengar kerana Engkau Maha Mendengar mengharap Engkau mengerti kerana Engkau Maha Mengetahui Silamku adalah satu pengajaran yang pahit mengenal manusia dan keperibadian melalui cerca dan makian ditambah fitnah yang amat mengejutkan Tuhanku, Rebahkanlah daku dalam pangkuan-Mu dakaplah daku seeratnya dalam pelukan Islam-Mu kerana tiada yang lain tempatku berserah melainkan kepada-Mu,Ya Allah…

Generasi Ulul Albab...

Wahai remaja , bukan ini masanya untuk kita mencari teman hidup yang difikirkan sesuai.Asyik diifikirkan, difikirkan dan difikirkan lagi. Waktu ini syaitan dan iblis menyolek muka dan mata kita supaya tertarik kepada anugerah kecantikan dan kecomelan makhluk ciptaan Tuhan. Masa ini nafsu menyuruh kita supaya melakukan sesuatu perkara yang membolehkan kita mendapat perhatian dan pujian.Terampil mengoda bergaya! Sedang Yusuf yang digoda oleh Zulaikha yang menggoda pun tidak langsung tertarik hatinya untuk melakukan zina. Inikan kita yang bertaraf hamba yang hina. Rata-rata melakukan ibadah untuk mengharapkan pujian dan perhatian, mahu dianggap baik, sopan dan soleh, bukan mengharapkan pahala dan perhatian Tuhan. Rata-rata melakukan kebaikan supaya dipandang bagus bukannya mencari redha Allah. Syaitan dan Nafsu bergembira atas tindakan kita yang mengacau puteri-puteri islam yang manis dan mengurat putera-putera islam yang segak. Syaitan dan Nafsu juga tentu sedang bergembira atas kejayaan