Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Live Life To The Fullest...

If you treasure the beauty that shows all around you and try to add some of your own, Enjoy the companionship others can give you yet value your moments alone, If you honour opinions that different from yours yet stand up for what you believe, Admire the accomplishments others have made and take pride in what you can achieve... If you love those around you and love yourself too, If your spirit is eager and free... then you know what it means to live life to the fullest and be the best 'you' you can be! -Amanda Bradley-

Inspirasi Hati...

Kasih kaulah inspirasiku Bila sendirian fikiranku buntu Mengingati dirimu Dikau tiada lagi di sisiku Hatiku sayu bertambah pilu Kasih kau inspirasiku Kau mengajarku erti kehiduran ini Takkan ku lupakan nasihatmu Kerna ianya berguna untukku Seringkali aku berdoa pada-Nya Agar tabah menyusuri hidup ini Ya Allah berilah ku kekuatan Untuk tempuhi dugaan yang mencabar Sekiranya ku mendapat pengganti Ku harapkan insan sepertimu oh kasih Banyak membantu dan mendorongku Menjadi hamba yang taat kepada-Nya... [02:33.58]Seringkali aku berdoa pada-Nya [02:39.87]Agar tabah menyusuri hidup ini [02:47.23]Ya Allah berilah ku kekuatan [02:53.84]Untuk tempuhi dugaan yang mencabar [03:01.29]Sekiranya ku mendapat pengganti [03:07.88]Ku harapkan insan sepertimu oh kasih [03:14.40]Banyak membantu dan mendorongku [03:21.84]Menjadi hamba yang taat kepadaNya, o ho... [03:29.47]Sekiranya ku mendapat pengganti [03:36.24]Ku harapkan insan sepertimu oh kasih [03:42.12]Banyak membantu dan mendorongku [03:50.03]Men

Kalau Ingin, Belajarlah...

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan... Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati... Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami... Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari... Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi... Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi... Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima... Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai... Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi... Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita...

Mencari Diri...

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t. Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t. Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t. Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong... -Al-Imam Ghazali-

IMAN DAN DIRI...

Iman : Assalamualaikum, bos. Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker? Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi? Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde.. Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir.. Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar... Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka.. Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti.. Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali.. Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah deng

A CHANCE...

Sometimes, we just need to give ourselves a chance... A chance to live... A chance to return to who we truly are... A chance to return to fitrah... We continue to move on because we have that hope... The hope that He promised us... Even though we always forget him, Even though He isn't the one we put first on the list, that hope is always there whenever we seek it...

Pemilihan Kursus Selepas SPM...

Apabila pelajar lepasan SPM tamat mengambil peperiksaan, mereka sepatutnya mula memikirkan hala tuju mereka. Ini kerana pemilihan tersebut akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang, jadi pemilihan tersebut mestilah bergantung kepada individu itu sendiri, jangan terikut kawan2 atau orang lain. Kepada mereka yang terpilih mengikuti PLKN, anda seharusnya pergi kerana anda akan dapat kawan dan pengalaman baru, namun jika anda mengalami masalah kesihatan, anda bolehlah dikecualikan. Mereka yang tidak terpilih, anda jangan rungsing, anda boleh memohon jika ada kekosongan. Jika anda tidak mahu terlibat juga dengan PLKN kerana tidak dipilih, anda boleh bekerja sementara di mana2 (dengan kebenaran penjaga)supaya anda mempunyai pengalaman berkomunikasi dengan masyarakat. Kemudian anda bolehlah memikirkan apakah hala tuju selepas itu, antaranya :- 1. Memohon matrikulasi - Ini merupakan laluan ekspress untuk pelajar bumiputra untuk memasuki IPTA tetapi anda kena belajar bersungguh2

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BERITA HARIAN..

RAsenya letih semalam x habis lagi..2 hari bengkel berita harian byk input yg aku dapat..juz want to sharing je actually..spm just leave 35 days..mlm nie de klas biology..score n enjoy the day.. kat bwh nie de la sdikit pic2 yg smpat diambil..hehe.. enjoy watching... :)

LAYAKkaH aKU???

Aku manusia biasa Penuh sifat mazmumah yang membelenggui diri Dendam, marah, putus asa dan kecewa Bukan itu yang aku impikan Tapi aku ingat Aku sememangnya tak layak Untuk berkata dendam dan kecewa Kenapa? Aku kecewa Untuk apa aku katakan aku kecewa? Sedangkan usaha belom lagi aku lakukan Imbas kembali detik kekasih Allah Kembangkan syiar islam Penuh onak dan duri Dicaci dan dimaki sesuka hati Tanpa rasa kecewa Diajarkan jua umat manusia Mencari hakikat ketuhanan yang Maha Esa Agar berbahagia dunia dan akhirat Untuk itu Layakkah diriku ungkap kata 'kecewa'? Dendam Untuk apa aku berdendam Hanya dek hati terguris Oleh kata-kata yang menyakitkan Atau perbuatannya yang kalampauan Oh! Rugilah aku Sedangkan Rasulullah Hanya memaafkan umatnya Lagi mendoakan Mulia sungguh budi pekertinya Tanpa perasaan dendam Kepada sesiapa Oh! Siapakah aku Untuk berdendam? Marah? Lupakah aku pada hadith Rasulullah? Daripada Abu Hurairah ra Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Bukanlah seorang yang kua

HoUSE FOR REnt!!!

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa bilik di Mentari Court, Petaling Jaya alamat E-14-03, sila hubungi ENCIK AHMAD di nombor 017-5685693 atau 05-3235642. Syarat-syarat Penyewa :- * Beragama Islam * Perempuan bujang * Mampu membayar sewa pada minggu pertama setiap bulan. * Kadar sewa bilik - RM380 Kemudahan yang disediakan :- * Lantai dipasang tile * Mempunyai bilik air di dalam bilik * Mempunyai kipas dan plug (soket) * Satu bilik boleh memuatkan dua orang * Kemudahan awam yang mudah didapati di kawasan itu Kemudahan dapur Ruang tamu Pemandangan indah Kemudahan kolam renang Taman permainan

Lirik Langkah Tercipta - Unic...

Semalam aku kelukaan, kecewa kehampaan, mencalar ketabahan, mimpi yang sering ku harapkan, menjadi kenyataan, namun tak kesampaian. Allah… Inginku hentikan langkah ini, bagaikan tak mampu untuk ku bertahan, semangat tenggelam, lemah daya, haruskah aku mengalah, namun jiwaku berbisik, inilah dugaan. Dan langkahku kini terbuka, pada hikmah dugaan, uji keimanan (menguji keimanan), tak dilontarkanNya ujian, di luar kekuatan, setiap diri insan. Allah… Pimpinlah diriku, tuk bangkit semula, meneruskan langkah, perjuangan ini, cekalkan hati dan semangatku, kurniakan ketabahan, agar mimpi jadi nyata, padaMu ku meminta. Daku mohon agung kudratMu, wahai Tuhan yang satu, segalanya dariMu.

Syawal will cOME...

Assalamualaikum n good morning to everyone.. nice weather today..pejam celik2 da nak abis ramadhan.. the time running out so fast I think.. ramADHAN BAKAL melabuhkan tirai dan SYAWAL bakal menjelang..so, dikesempatan yang ada nie, hope so la kte semua dapat renovate balik our heart. lusa I will back to hometown..preparation for SPM also not under control..( yela sibuk kemas uma )hehe...in this case,,what should I do?? time management..hihi..ok la..nak smbung study..before late I want to wish Happy Eid to every muslim in the world..to all the candicate SPM, don't raye sakan erkk...we only have about 2 month..better watch out..sayonara..maassalamah.. :)

Cuba Untuk Berubah...

Saat mata kubuka perlahan Syukur aku masih diberi hidup Ruang untuk bernafas Di muka bumi-Mu Ya Allah Lantas kutitipkan wudhu’ Melangkah sujud pada-Nya Hanya kepada Engkaulah kami sembah Dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan Kuhadapkan wajah menuju kiblatku Tangan kutadah menyeru namaMu Ya Allah Ya 1Ghaffar Ampunkanlah daku Sesungguhnya hamba-Mu ini tidak pernah terlepas dari melakukan dosa Sering lalai dan leka Dengan muslihat duniawi yang tidak ke mana Terasa air jernih menitis hiba Mengenangkan kerdilnya diriku di sisi-Nya Sesungguhnya Dia yang Maha 2Rauf Tiada walau sedetik melupai aku Dia yang Maha 3Tawwab Menerima taubat Sekalian hamba-Nya Sebelum Israfil meniup sangkakala Hati ini… jiwa ini… Masih lagi merintih Lagaknya seperti bayi jerih bertatih Resah nuraniku penuh persoalan Yang aku sendiri tiada jawapan Ya 4Dzul-Jalali Apa aku bisa menjadi hamba-Mu Yang lisannya setiap saat basah dengan zikrullah? Apa aku bisa menjadi umat pesuruh-Mu Yang senantiasa hidup deng

tRIAL EXAM SPM 2010...

Assalamualaikum and good morning to everyone,..Juz want to drop a little drop words here..trial exam starts on tomorrow...biology papers..hopes luck always with me.. to all people who read this article plez..plez..plez.. pay luck for me.. mcm xde keje jer..mintak simpati org..hehe.. not the real mean actually.. kat bawah nie sebagai kata2 semangat sebelum masuk deawan exam..cayok3!!!

RAMADHAN DATANG LAGI??...

seLAMAT MENYAMBUT rMADAHAN aL-MUBARAk ..SEMOGA RAMADHAN RAHUN INI LEBIH bAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA..IsyaallaH...

Buat Gadis Kesayanganku..

Gadisku… Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya. Gadisku… Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu

BATAS!!!

Sebagai seorang yang dinamakan manusia, kita dilahirkan penuh dengan kekurangan. Dan antara kekurangan yang amat jelas dapat dilihat kini adalah lemahnya seseorang dengan jantina yang berlawanan. Lelaki akan lemah apabila berdepan wanita, dan wanita akan lemah apabila berdepan dengan lelaki. Mungkin ada yang merasakan, lelaki dan perempuan boleh berkawan sahaja tanpa ada hubungan yang 'lain' . Ya, benar. Memang boleh. (Boleh dari segi sosial, saya bukan bercakap tentang hukum) Namun kita harus sedar dan mengakui kekurangan yang wujud dalam diri kita. Sudah berapa kali kita mendengar kisah lelaki dan perempuan yang bersahabat baik, menjadi best friend, dan rupanya dalam diam si perempuan menyimpan perasaan terhadap si lelaki. Dan apabila lelaki mengetahuinya, mungkin dia akan berasa bingung kerana mereka hanya kawan, bagaimana kawannya boleh menyimpan perasaan? Biasanya, di saat ini, apabila dah susah, barulah kita nak kembali kepada Islam. Barulah kita nak ikut cara berhadapan

Bisikan Doa Pengharapan...

Ku bisikkan kalimah memujiNya Setiap masa Setiap saat Agar ku tidak lupa Akan kekuasanNya Akan kebesaranNya. Sucikan wajah di dinihari Bisikan pengharapan pada Ilahi Jika sudah suratan Ilahi Terima ketentuan dengan rela hati Indahnya hidup di dunia ini Pabila dikelilingi insan yang disayangi Juga mendambakan redha ilahi Agar hidup sentiasa diberkati Dilema manusia akhir zaman Saban waktu kematian memisahkan Lantas ku bisikkan doa pengharapan Agar ku sentiasa dalam kesedaran Ayuh bangkitlah wahai teman Menuju jalan pulang Agar kita sentiasa dalam naungan Kekal berukhwah sepanjang zaman.

Facebook Dan Dosa-Dosa...

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook. Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah. Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri. Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan

SAKURA-INHEART

SAKURA (intro: japanese female) separuh langkah bermula menjadi kisah sempurna dahulunya puncak akasia ku masih tertanya bila ia akan diwarna semula hanya diri ini, fahami erti romantisnya kisah meredahi oh dimensi diri ini, jadi ironi tentuan ini semega misteri CHORUS: oh sakura kembang mekar namun hanya seketika bertaburan jatuh penuhi angkasa disana sayu bila sedar ia tiada depan mata biarkanlah keindahan itu kekal masih ada setia menunggu bagaikan diriku percaya kan bersinar kembali sepertinya (INSTRUMENT BREAK) hanya diri ini, fahami erti romantisnya kisah meredahi oh dimensi diri ini, jadi ironi mekar sakura semega misteri di dunia bukannya figura di syurga namun syukurlah dengan reda penuh rela Lagu: Omar Khan Lirik: Zel Hadauan

WAHAI INSAN YANG BERNYAWA...

Dengarlah wahai insan bernyawa , Tidak ada yang akan terlepas , Dari setitik kesilapan , Di dunia , Persinggahan akhirat , Ingatlah sekalian anak adam dan hawa , Balasan akhirat itu pasti , Bahagialah bagi yang bertakwa , Waspadalah bagi yang derhaka , Alwaktu bikalsaif , Segeralah bertaubat , Sebelum matahari terbitnya di barat . Dengarlah wahai insan bernyawa , Cabaran sentiasa menanti di hadapan , Tanganilah bagai orang bijaksana , Yang adil dan saksama , Agar tidak jauh tersasar , Dari matlamat yang satu , Jangan diambil mudah , Soal ibadah dan nyawa , Tiada ibadah , Runtuhlah tiang agama , Tiada nyawa terkuburkah jasad kita , Ingatlah sekalian anak adam dan hawa , Mati itu penghijrahan ke akhirat , Hisab itu penentuan yang sebenar... Dengarlah wahai insan bernyawa , Munasabah kembali diri kita , Perbaikilah kelemahan yang ada , Gantikan dengan sinaran kekuatan , Allah Maha Adil dan Berkuasa , Setiap masalah ada penyelesaiannya , Ingatlah wahai anak adam dan hawa , Ada siang ada ma

Rintihanku...

Jauh Perjalanan, Telahku Jelajahi, Membawa seribu impian, Berbekal pengalaman. Mampukah aku melangkah, Menuju satu daerah, Masihkah ada, Sinar yang menanti. Masa djanji pasti tiba, Ku kan dijemput ke sana, Bimbang langkahku terhenti, Ku terpaut di persimpangan. Tak inginku mengingati, Detik hitam semalam Tinggallah semua, Jadi kenangan. Keranamu kan ku gagahi, Untuk terus sisa hidup ini, Biar ku tebus segala dosa, Selagi jasad bernyawa. Leraikanlah rasa hatiku, Padaku hanya engkau yang satu, Belum pernah ku terasa, Hebatnya cintamu. Sungguh kau lebih mengerti, Apa tersirat di dalam diri, Ku mohon rasa kasih, Yang abadi. Jujur ikhlaskah hati ini, Menyintaimu sepenuh hati, Ataukah sekadar bila diuji, Rahmat dan kasihmu tiada sempadan, Biarpun jiwa dalam kelalaian, Dihasut dengan pelbagai godaan.

Talasemia...

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia). Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun. Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekala

FEEL ASHAMED..???

aSSalamualikum n good morning to everyone..how about our day today??is everthing ok??depend to us to judge it..hurrhhmm.. last week was a busy day..for me, everyday was busy except weekends..hehe.. ahaks..some story to share..hari tu dalam klas waktu subjek math aku terpejam for a while..I think xde la rasa ngantuk..maybe the weather is too hot..so, I felt a little bit lazy..so ashamed..ckgu call my name..waaa...all the students moved their head to back and looked at me??(ala malkum la aku dok kat seat blkg skali)..jantung aku tersentak..luckily I don't get heart attack..huhu..I thought this was the second time kne cam nie..nasib badan la..the conclusion is,GET ENOUGH SLEEP... :)

Nothing Compares To You...

It's been seven hours + fifteen days since u took your love away I go out every night + sleep all day since u took your love away since u been gone I can do whatever I want I can see whomever I choose I can eat my dinner in a fancy restaurant but nothing I said nothing can take away these blues, 'cos nothing compares nothing compares 2 u it's been so lonely without u here like a bird without a song nothing can stop these lonely tears from falling tell me baby where did I go wrong I could put my arms around every boy I see but they'd only remind me of you I went to the doctor guess what he told me guess what he told me he said girl u better have fun no matter what u do but he's a fool 'cos nothing compares nothing compares 2 u all the flowers that u planted mama in the back yard all died when u went away I know that living with u baby was sometimes hard but I'm willing to give it another try 'cos nothing compares nothing compares 2 u

Penumpang...

Kala laut sunyi hebat melambung ombak benci Teroleng-oleng sampan kecil mengayuh cari daratan Angin jangan hembus pergi tenang ini Aku cuma penumpang menumpang damai lautmu Cuba lari menjauh desir ribut cebis hati Cuba tutup mata membutakan kejamnya dunia Demi umurku bersumpah Aku penumpang paling bertuah Punya sampan kecil tapi kuat menongkah langkah Walau compang camping bertampal gam rekahnya Walau layar cuma sehelai sejadah buruk hadiah dari Tuhanku. Malam bawa pergi matahariku Siang bawa pergi bulanku Penumpang buta tanpa cahaya Meraba-raba di lautan belantara Turun naik tinggi gunung ombak Terkapai-kapai cari capai tangan Hidayahnya Titis hujan tengkujuh ini menghanyut pergi lukisan mimpi Dingin hembus nafas sang Murabbi bagai tanda aku dikasihi Moga doa empati penumpang ini bisa terus menerobos hati Ilahi Walau sesak sempit penjara sampan dilautan sunyi Walau kencang angin tidak sayang padaku Walau dikhianati bintang penunjuk jalan ini Aku rela walau disimbah asid caci Kerna aku

Elektrik dalam tubuh....

RENJATAN elektrik juga boleh dirasakan penghidap penyakit tulang belakang cakera prolaps ketika tubuh berada dalam kedudukan tertentu. -------------------------------------------------------------------------------- SUFFIAN BAKHTIAR memang terkenal dengan sifat periang dan penuh kejutan oleh rakan-rakannya. Tetapi akhir-akhir ini Suffian, 42, menyedari yang dia memang benar-benar boleh mengejutkan rakannya iaitu dengan kejutan elektrik! Bukan sekali dua dan bukan seorang dua yang pernah mengadu mereka disengat elektrik ringan kala tersentuh lengannya. Ia dapat dilihat apabila rakannya serta-merta menarik tangan mereka. Adakalanya Suffian turut merasai renjatan itu apabila rakannya menyentuhnya. Dia juga mengakui pernah mengalami kejutan elektrik apabila menyentuh objek besi di pejabatnya. Sungguhpun tidak terjadi setiap kali bersentuhan, Suffian mula bimbang apabila anak perempuannya mengadu adakalanya ‘sakit’ saat tersentuh tangannya. Suffian terfikir apakah yang tidak kena pada dirin
Kala hati menangis, Siapakah yang mampu mendengarnya, Memujuknya, Juga mengubatnya? Ibu?? Rasa terlalu membebankan ibu, Sudah sering aku mengadu, Aku malu terus-terusan mengadu, Walau riaknya, Seolah-olah mereka dihargai, Aku tahu.. Ibu sentiasa bersedia, Mendengar setiap yang dibicarakan, Mengeluarkan kalimah, Yang menyejukkan.. Tapi maaf, Aku tak mahu ibu turut bersedih, Melihat dan mendengar luahan hatiku, Ayah?? Raut wajah nya memilu kan hatiku, Tak sanggup aku menambahkannya, Tanggungjawab yang dipikulnya, Sudah cukup menyatakan bebanannya, Tegakah aku melihat ayah, Terus terbeban? Tidak!! Walau aku tahu ayah ikhlas, Cukuplah aku yang merasakan.. Sahabat?? Aku tahu engkau ikhlas mendengarnya, Tapi engkau takkan faham, Apa yang bermukim di hatiku, Aku hargai keikhlasan mu, Mendengar setiap yang kuluahkan, Memberi semangat kala aku terjatuh, Maafkan aku, Walau engkau tak dapat mengerti sepenuhnya, Aku tahu 1000 kali dihatimu terdetik, "Andai aku dapat merasainya", Aku sun

aDDITIonal Mathematics???

Hari ni nak share satu benda.. memang sedeh tahap max..huhu.. addmath kertas jwpan satu tercicir..n ckgu baru jumpa dekat blik exam.. cuak gler dgr..nak marah pun ade.. waaaa... kertas tu dpt full mark tp ckgu xnak tmbah coz ckgu ckp salah aku.. xclip krtas jwpn lek lok.. sedehnye... laz2 dpt C..kalo x dapt B.. mak aii..jauh bezanya.. xpela.. maybe ada hikmahnya.. sabar itu sebahagian dari iman.. so, THINK POSITIF.. Even u feel so frust.. :(

Tips Amalan Pemakanan Sihat...

#Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring. #Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut. #Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan. #Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. #Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi. #Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas. #Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna. #Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi #Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. #Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin. #Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan

Selamat Datang Rejab...

Bulan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan yang banyak. Sesungguhnya Allah menganugerahkan rahmat kepada hamba-hambaNya dalam bulan ini. Barangsiapa memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan mereka dengan seribu kemuliaan. Gandingan 3 bulan (Rejab, Sya'aban dan Ramadhan) merupakan satu tempoh yang amat berkat. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri.

Titipan Buat Teman...

Ya Sodiqi. sedarlah kita adalah penyambung dakwah Nubuwwat, generasi yang dilahirkan untuk menegakkan kalimah "Lailahaillallah", kita adalah umat terpilih untuk memperjuangkan Dinul Islam, meneruskan perjuangan para sahabat dan Rasul junjungan, dalam menegakkan agama Allah yang diredhai. Wahai Rajul penegak Islami. Hentikanlah kelalaian dalam mengharungi arus duniawi. selamilah dirimu mencari kekuatan hakiki, demi Islam yang dicintai. Harumi jiwamu dengan tarbiah Islami, agar hatimu sekental Umar Al-Khattab,Hamzah 'Asadullah dan Salahuddin Al-Ayubi, tidak gentar berjuang di jalan Ilahi. Duhai akhawat mukminah sejati, inginku ingatkan kita adalah sayap kiri perjuangan lelaki sejati. Kelembutan dan keindahan akhlakmu penghias peribadi. Tuturmu berhikmah penuh teliti, menjadi dambaan syabab pilihan Ilahi. Pagari dirimu dengan syariat Islami. Jadilah mawar berduri yang sukar dipetik lelaki, agar mereka mengerti dirimu sukar dimiliki, tanpa iman yang teguh di hati. Wahai sahab

inhERITANCE...

Glossary: Allele: An alternative form of a gene. Dominant Allele: The allele that takes precedence over the recessive allele, and therefore shows itself in the population much more regularly. Gamete: A haploid (one copy of DNA) egg or sperm cell, gametes unite during fertilization to form a diploid (two copies) gamete. Gene: One of the many discrete units of hereditary information located on the chromosomes and consisting of DNA. Genotype: The genetic makeup of an organism, usually discussed in terms of the two alleles whether they are homozygous or heterozygous. Heterozygous: An organism that has two differing alleles for a gene, one dominant, one recessive. Homozygous: An organism that has two identical alleles for a certain gene. Usually followed by the form of the alleles, for instance homozygous recessive, which would show the scarce trait. Hybrid: An organism that is a cross between two differing varieties. Often times, this organism's genotype will be heterozygous. Outcross

APRICOT KERNELS (BIJI APRIKOT) PENCEGAH DAN PENYEMBUH KANSER...

Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan khasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser). Merupakan pembunuh senyap. Amigdalin (Vitamin B17) dapat di perolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan . Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari Apricot Kernels B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin ( mempunyai rasa pahit - badam manis tidak mengandungi B17 ), epal pips, benih-benih anggur, sekuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain. Terdapat banyak cara ya

Kekasih Yang Terindah...

Kekasih lewat senja rindu mula bertamu mengharap penyesalan atas dosa-dosa silam lalu aku bertasbih di Mahgrib ini melangkah Isyak yang menanti Tengah malam aku yang sepi aku terlena dalam doa yang panjang mengharap Engkau mendengar kerana Engkau Maha Mendengar mengharap Engkau mengerti kerana Engkau Maha Mengetahui Silamku adalah satu pengajaran yang pahit mengenal manusia dan keperibadian melalui cerca dan makian ditambah fitnah yang amat mengejutkan Tuhanku, Rebahkanlah daku dalam pangkuan-Mu dakaplah daku seeratnya dalam pelukan Islam-Mu kerana tiada yang lain tempatku berserah melainkan kepada-Mu,Ya Allah…

Generasi Ulul Albab...

Wahai remaja , bukan ini masanya untuk kita mencari teman hidup yang difikirkan sesuai.Asyik diifikirkan, difikirkan dan difikirkan lagi. Waktu ini syaitan dan iblis menyolek muka dan mata kita supaya tertarik kepada anugerah kecantikan dan kecomelan makhluk ciptaan Tuhan. Masa ini nafsu menyuruh kita supaya melakukan sesuatu perkara yang membolehkan kita mendapat perhatian dan pujian.Terampil mengoda bergaya! Sedang Yusuf yang digoda oleh Zulaikha yang menggoda pun tidak langsung tertarik hatinya untuk melakukan zina. Inikan kita yang bertaraf hamba yang hina. Rata-rata melakukan ibadah untuk mengharapkan pujian dan perhatian, mahu dianggap baik, sopan dan soleh, bukan mengharapkan pahala dan perhatian Tuhan. Rata-rata melakukan kebaikan supaya dipandang bagus bukannya mencari redha Allah. Syaitan dan Nafsu bergembira atas tindakan kita yang mengacau puteri-puteri islam yang manis dan mengurat putera-putera islam yang segak. Syaitan dan Nafsu juga tentu sedang bergembira atas kejayaan

BLack & WHitE...

Asslamulaikum....and salam 1 Malaysia.. i'VE something to share with u.. TAIWAN Drama!!!huhu.. bru je abis rabu ari tu.. huhu..xdapat tgk hero White.. pela aku nie.. exam MID-yEAR IS ARound the corner.. de mase tgk tb..kuang3.. my mum will become a tarzan now.. save ur life.. cayok!!cayok!!fiza...=) ok lah..kat bawah nie de la serba ckit gmbr2 yg terlbih rjin diedit oleh aku.. so enjoy watching la walaupun korg xske cter tuw.. P/S : wish luck 4 me... nie doctor forensik cover BLACK & WHITE