Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Salam Jumaat...

Manfaatkan kehidupan hari ini Untuk kehidupan akan datang Masa yang ada tak akan berulang untuk kedua kalinya.. hargailah ia.. salam Jumaat... p/s : 1 week semester break is over..         mood : study... =)

Tersembunyi Cinta Pada Tabir Usaha...

Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita. “Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.” -Junaid Al-Baghdadi Hujan itu menderas turunnya. Membasuh hati yang hampa. Mengisilah hati yang penuh berharap. Sujudnya tanpa ingkar. Derainya tak mahu dihenti. Semahunya, mungkin biar ia tamat di sejadah cinta seorang hamba. Rasa kecilnya, tak mampu untuk dihuraikan. Rasa kasihnya tak mampu dijelmakan oleh perilaku terindah. Hamba itu mengisi pilu dalam senyumnya. Pada malam yang terindah, harapnya terukir secebis taqwa. Taqwa itu yang sering dipinta dalam hari-hari cinta. Lebam matanya sentiasa dikaburkan oleh senyum dan gelak persisi sufi di zaman Nursi dan Rumi. Biar kalian tidak mampu menjiwai. Hamba itu sentiasa menanti malam. Yang Tuhan telah janjikan. Berjalannya dalam hidup yang sentiasa

Keajaiban buah lemon...

Melancarkan sistem pencernaan Sebenarnya, jus buah lemon yang hangat kaya dengan kandungan mineral dan vitamin yang mampu untuk mengeluarkan racun dalam badan melalui sistem pencernaan badan kita. Selain daripada itu, ia mampu untuk mencegah daripada kembung perut dan bagus untuk pesakit kanser mengamalkan jus lemon ini untuk membantu kelancaran sistem pencernaan dalam badan. Sebagai diuretic Buah lemon kaya dengan kandungan asam sitrat. Asam sitrat yang terkandung dalam buah lemon mampu untk memaksimumkan fungsi enzim yang merangsangorgan hati untuk melakukanproses detoks secara keseluruhan melalui air kencing. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan Seperti yang anda ketahui, lemon kaya dengan vitamin C yang sangat bagus untuk mencegah dan merawat jangkitan kuman, selain daripada itu, lemon kaya dengan kalium yang mampu merangsang fungsi otak dan saraf-saraf dalam tubuh badan serta berperanan mengawal tekanan darah. Selain kaya dengan vitamin C, buah lemon