Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

NIKMAT DUNIA...

Alangkah indahnya hidup ini, Segala-galanya telah ku miliki, Kekayaan, kebahagiaan, kesihatan, malah kemewahan, Apa lagi yang belum ku kecapi, Subhanallah, Sungguh agungnya kuasa ilahi. Namun, Betapa sedikit aku mengingati-Nya, Terlalu banyak pula aku terleka olehnya, Ya Allah, Betapa hinanya aku di hadapan-Mu. Ya Allah Ya Rabbi, Aku tak layak untuk syurga-Mu, Namun tak sanggup aku, Terjerumus ke lembah neraka-Mu. Bimbinglah aku Ya Rabbi, Jangan kau biar aku terleka, Dek kesenangan dunia yang sementara, Jangan kau biar aku terpana, Dengan nafsu dunia yang fana, Jangan kau ganti nikmat selamanya di sana, Dengan nikmat di sini yang seketika. Semoga, Aku menjadi orang yang bertakwa, Serta terus istiqamah di atas jalan-Nya, Mengejar JANNAH di sana, Kerana itulah kebahagiaan yang sebenar-benarnya...

Di Sebalik nAMA...

REunion 6S

Assalamualaikum.... Semalam telah diadakan satu perjumpaan kembali dengan kengkawan 6 Sukses (SKJP). PLACE : PIZZA HUT PEKAN AND IPOH PARADE DATE : 6/4/2011 TIME : 10am-7pm A Sweet memory to remember... And lot of changes that can be seen.. Walaupun ramai yang tidak dapat menghadirkan diri atas sbb yg tdk dpt dielakkan, kehadiran segelintir mereka yg masih saling mengingati (termasuk saya..hehe ) mengeratkan lagi ukhwah yg terbina.. Perjumpaan ini telah dianjurkan oleh dua orang rakan 6S yang hensem (yeke??) iaitu Raja Rizza dan Syarifuddin a.k.a Puding.Thanks to them for this beautiful moment.. Di bawah nie ada la sedikit pic untuk dikongsi bersama.. DARI KIRI : me, fatin atiqah, nafisah, huda najwa Nie pic tengah menanti makanan smbil smbang2.. :) Nie plak pic santai2 bersama-sama kengkawan on the roof of the Ipoh Parade.. walaupun sakit kaki aku berdiri lame, this moments will never I forgot.. In this pic : Yen, Ain, Fatin Atiqah, Fatin Mahizan,Khalida, Zuliana, Nafisah, Amira Zula

TIGA DIMENSI CINTA...

CINTA adalah perkataan indah yang mempunyai erti yang amat mendalam buat sepasang kekasih. Tetapi oleh kerana terlalu kerap disebut-sebut, ia menjadi koman. Akibatnya perkataan cinta mempunyai konotasi murahan. Cinta menjadi perkataan mainan di bibir kerana mudah dilafazkan dengan selamba. Lafaz 'AKU CINTA PADAMU' atau 'I LOVE YOU' sudah tidak menjadikan si penyebut bergetar dadanya dan si pendengar terhenti jantungnya. Pendek kata ungkapan 'AKU CINTA PADAMU' sudah jadi sebutan plastik yang lahir di bibir semata-mata, bukannya menjelma dari hati. Kerana itu, ungkapan tersebut sudah tidak lagi mudah dipercayai kerana persepsi terhadap nilainya kian murah. Mengapa, ya? Memanglah begini jadinya kerana ramai yang belum mengenal peringkat cinta yang pada pendapat saya sebenarnya ada tiga, mengikut tiga dimensi manusia iaitu fizikalnya, mentalnya dan spiritualnya. Cinta di peringkat pertama ialah cinta fizikal, peringkat kedua, cinta emosional dan peringkat ketiga,