Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

10 Tempat Paling Cantik Di Dunia...

10. Pamukkale, Turki Pamukkale dalam bahasa Turki bermaksud istana kapas, dan juga dipanggil istana putih kerana persekitarannya yang keputihan disebabkan oleh kepekatan calcite yang tinggi di dalam air. Endapan sedimen dari batu travertine menghasilkan teres putih, air terjun yang membatu dan hutan mineral yang membentuk landskap di sekitarnya. 17 mata air panas di sini pula dipanaskan oleh gunung berapi bawah tanah. Kawasan ini juga menjadi spa untuk berubat sejak ribuan tahun dan menarik pengunjung dari serata dunia, selain kerajaan Rom pernah membina kota kuno Hieropolis di sini penpatah. 9. Sanqingshan, China Sanqingshan yang dianggap sebagai tempat suci ini digunakan oleh penganut agama Tao untuk meditasi, dan dipercayai mampu memberikan keabadian hidup penpatah Tempat ini diselubungi kabus selama 200 hari setahun dan kabus ini menyumbang kepada persekitaran yang sangat menyamankan, bersama-sama dengan beribu-ribu anak sungai yang mengalir ke tasik