Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

NATRAH...

NAMA Natrah kedengaran kembali selepas tidak disebut langsung sejak kali terakhir kedatangannya ke Malaysia, 10 tahun lalu. Namun kali ini beritanya diiringi khabar yang menyentuh hati sesiapa saja yang pernah menelusuri kisah suka duka wanita Belanda ini menerusi penulisan Datin Fatini Yaacob, bekas wartawan Dewan Masyarakat pada lewat 1980-an – Natrah sudah meninggal dunia. Generasi hari ini mungkin tertanya-tanya siapa Natrah? Apa istimewanya wanita ini sehingga berita kematiannya mendapat liputan meluas media tempatan, kelmarin. “Beliau sememangnya istimewa kerana Natrah akan terus hidup dalam sejarah Melayu dan Islam. Isunya sentiasa relevan dan menjadi penanda aras kepada undang-undang Islam,” kata Fatini ketika ditemui di kediamannya di Shah Alam, baru-baru ini. Natrah Maarof atau nama asalnya Maria Bertha Hertogh mati akibat leukemia di rumahnya di Huijberhen, selatan Belanda pada usia 72 tahun. ‘Hebatnya’ Natrah kerana kesan kehadirannya yang menjadi pertikaian antara b

ALL ABOUT LIFE...

Akan Ku Jumpa – Azfar ...

Ku mengatur langkahku Jalan tanpa bayang-bayangmu Langit dan bumi setia menemaniku Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku Ku kepanasan tanpa perlindunganmu Hari berganti hari aku masih teguh menanti Hadir dirimu dalam hidupku ini Rasa kecewa ada bilakah kita nak berlari Namun yakin ku takkan ku temui Ku takkan pernah cuba berhenti Wajahku mencari cinta Yang ku tahu hanya tuk diriku Kan ku terus cari sampai hujung dunia Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu Ku lihat semua gembira Bila mengenali erti cinta Senyuman ku beri hanya duka Bila ingin teman tuk berbicara Cinta datang sembunyi Andai ku kabur mencari Hadirlah dalam hidupku ini Cinta datang engkau pergi Bila langkah ku cuba Untuk mengejar dirimu...

Freemason...

Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara pada akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat. Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being). Sejarah Terdapat beberapa bukti Freemason mula tersebar di benua Eropah seawal akhir kurun ke-16 Masehi. Salah satu bukti bertulis awal yang menunjukkan cabang Freemason telah ada di England pada tahun 1641 ialah rekod inisiasi Robert Moray, salah seorang keluarga raja. Moray menjadi anggota Freemason di Edinburgh pada 20 Mei 1641. Selain itu, Elias Ashmole, yang juga berdarah keluarga Raja England, menulis

Kerja ParT Time...

Assalamualaikum.. rasenyer lama xtulis sendiri blog niekn?? byk copy n paste..hehe.. SKrg nie agak busy la.. keje da start about 2 days start at 12pm until 5pm under training lgi.. mlm jdi ustazah aja ngaji..ngeeee.. help my mum besides get pahala right?? :) start at 8pm until 9pm.. luckily 1 hour jer.. at the morning I can rest..hehe.. rase-rasenyer tu la rutin harian aku until get the result... or get the oppurtunity to continue my study... really hope to take the medic as may course.. may dream come true... :)

hAPPy nEw YeAR...!!!

TO all people n me also, may 2011 give u a lot of happiness... enjoy the journey because time never come back.. appreciate with what we have.. n always pray to get the bless from Allah.. insyaallah... :)