Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

sELAmat hAri RaYa.... :)

Entah kenapa tiba-tiba terngiang-ngiang pula bit-bit lagu tersebut di fikiran. Lantas aku melorotkan pandangan ke luar tingkap kenderaan yang ku naiki dalam perjalanan pulang. Cuaca di luar terang, namun agak tidak menentu membuatkan kenderaan sedikit berolek ke kiri dan ke kanan, tidak seperti semasa perjalanan pergi beberapa hari lalu. Ya, kerap juga aku berulang-alik sebegini demi menuntut ilmu; ilmu dunia. Tetapi pada masa yang sama aku turut belajar dan menghayati pelbagai perkara lagi, bukan setakat ilmu intelek, malah spiritual dan emosi. Kaitannya dengan lagu tadi? Beberapa bulan lalu perasaan benciku meluap-luap bila mendengar lagu tersebut, tetapi mungkin atas sebab yang tidak berapa betul iaitu benci yang berlebihan dan terlalu mengikut perasaan. Mungkin juga kerana terasa disindir. Semuanya gara-gara terkena tempias cinta yang tidak mengikut fitrah. Serupa dengan lirik lagu tersebut yang jika silap penghayatan, bakal menghalalkan yang haram dek kerana cinta.Ci