Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

Pesanan buat diri

Peliharalah akhlak kita baik lelaki mahupun perempuan kerana percakapan mencerminkan apa yang ada di dalam hati.  Hati yang baik akan menuntun lidahnya menuturkan bicara ke arah kebaikan. Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut.  Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa dalam kalangan kamu.” [HR Muslim 4651]