Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Love in Silence...

Di sudut sepi, Aku termenung sendiri, Hati bertalu lontarkan pertanyaan, Otak ligat mencari jawapan. Hati ini telah dicuri, Hati ini dipaut sepi, Aku gusar ianya satu dosa, Mencintainya tika aku mencari keredhoanNya. Ya Allah, Berkali engkau pertemukan kami, Berlalu berselisih bahu sudah selalu, Engkau tetapkan kami di suatu tempat, Namun peluang itu kami masih asing. TakdirMu melebihi segalanya, Kami bertemu jua akhirnya, Mula berkenalan dan jatuh hati, Ianya berlaku tanpa kami minta, Ianya jauh tersimpan di sudut hati. Aku merindui, aku menangisi, Aku mengadu padaNya memohon kekuatan, Mencintai dalam diam amatlah perit, Rasanya seperti ditoreh dengan belati. Dia menolak aku dengan sopan, Mencari cintaMu dahulu sebagai alasan, Aku tersenyum walaupun terkilan, Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Aku bersyukur dengan rasa ini, Aku bersyukur dipertemukan dengan dia, Dia membuat aku mencariNya, Dia membuat aku le

Duhai BUNGAKU...

Pesanan buatmu bunga dunia.. Andai ada di antara kamu yang gagal Dalam berhajat mendapatkan cinta kaum Adam Usahlah engkau berhati walang Usah ditanya apa salah kamu pada dia Jangan disoal apa kurangnya kamu dan apa lebihnya dia Sebaliknya bungaku Ucaplah syukurmu pada Dia Yang telah memilih kamu untuk merasa kecewa Dalam berhajatkan cinta insani Tempiaskan tangismu dan bisikkanlah laramu Hanya pada Dia yang amat Pemurah Kerana telah meminjamkan cinta itu kepada kamu Adat meminjam haruslah dipulangkan Jangan pernah kau lupa akan kebenarannya itu Pasti engkau masih dalam dilema bungaku Masakan aku meminta kamu bersyukur bukan Pasti kamu merasakan yang aku gembira atas kesedihan kamu Tetapi itu semua jauh dari benar Aku pinta kamu bersyukur kerana harga kamu terlalu bernilai Kerana itu kamu tidak layak dimiliki oleh insani yang tidak berhajat Membawa hubungan itu kepada akad pernikahan Kerana itu engkau harus bersyukur Bersyukur kerana engkau terlepas dari tipu daya dun