Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Bisikan Doa Pengharapan...

Ku bisikkan kalimah memujiNya Setiap masa Setiap saat Agar ku tidak lupa Akan kekuasanNya Akan kebesaranNya. Sucikan wajah di dinihari Bisikan pengharapan pada Ilahi Jika sudah suratan Ilahi Terima ketentuan dengan rela hati Indahnya hidup di dunia ini Pabila dikelilingi insan yang disayangi Juga mendambakan redha ilahi Agar hidup sentiasa diberkati Dilema manusia akhir zaman Saban waktu kematian memisahkan Lantas ku bisikkan doa pengharapan Agar ku sentiasa dalam kesedaran Ayuh bangkitlah wahai teman Menuju jalan pulang Agar kita sentiasa dalam naungan Kekal berukhwah sepanjang zaman.

Facebook Dan Dosa-Dosa...

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook. Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah. Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri. Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan

SAKURA-INHEART

SAKURA (intro: japanese female) separuh langkah bermula menjadi kisah sempurna dahulunya puncak akasia ku masih tertanya bila ia akan diwarna semula hanya diri ini, fahami erti romantisnya kisah meredahi oh dimensi diri ini, jadi ironi tentuan ini semega misteri CHORUS: oh sakura kembang mekar namun hanya seketika bertaburan jatuh penuhi angkasa disana sayu bila sedar ia tiada depan mata biarkanlah keindahan itu kekal masih ada setia menunggu bagaikan diriku percaya kan bersinar kembali sepertinya (INSTRUMENT BREAK) hanya diri ini, fahami erti romantisnya kisah meredahi oh dimensi diri ini, jadi ironi mekar sakura semega misteri di dunia bukannya figura di syurga namun syukurlah dengan reda penuh rela Lagu: Omar Khan Lirik: Zel Hadauan

WAHAI INSAN YANG BERNYAWA...

Dengarlah wahai insan bernyawa , Tidak ada yang akan terlepas , Dari setitik kesilapan , Di dunia , Persinggahan akhirat , Ingatlah sekalian anak adam dan hawa , Balasan akhirat itu pasti , Bahagialah bagi yang bertakwa , Waspadalah bagi yang derhaka , Alwaktu bikalsaif , Segeralah bertaubat , Sebelum matahari terbitnya di barat . Dengarlah wahai insan bernyawa , Cabaran sentiasa menanti di hadapan , Tanganilah bagai orang bijaksana , Yang adil dan saksama , Agar tidak jauh tersasar , Dari matlamat yang satu , Jangan diambil mudah , Soal ibadah dan nyawa , Tiada ibadah , Runtuhlah tiang agama , Tiada nyawa terkuburkah jasad kita , Ingatlah sekalian anak adam dan hawa , Mati itu penghijrahan ke akhirat , Hisab itu penentuan yang sebenar... Dengarlah wahai insan bernyawa , Munasabah kembali diri kita , Perbaikilah kelemahan yang ada , Gantikan dengan sinaran kekuatan , Allah Maha Adil dan Berkuasa , Setiap masalah ada penyelesaiannya , Ingatlah wahai anak adam dan hawa , Ada siang ada ma

Rintihanku...

Jauh Perjalanan, Telahku Jelajahi, Membawa seribu impian, Berbekal pengalaman. Mampukah aku melangkah, Menuju satu daerah, Masihkah ada, Sinar yang menanti. Masa djanji pasti tiba, Ku kan dijemput ke sana, Bimbang langkahku terhenti, Ku terpaut di persimpangan. Tak inginku mengingati, Detik hitam semalam Tinggallah semua, Jadi kenangan. Keranamu kan ku gagahi, Untuk terus sisa hidup ini, Biar ku tebus segala dosa, Selagi jasad bernyawa. Leraikanlah rasa hatiku, Padaku hanya engkau yang satu, Belum pernah ku terasa, Hebatnya cintamu. Sungguh kau lebih mengerti, Apa tersirat di dalam diri, Ku mohon rasa kasih, Yang abadi. Jujur ikhlaskah hati ini, Menyintaimu sepenuh hati, Ataukah sekadar bila diuji, Rahmat dan kasihmu tiada sempadan, Biarpun jiwa dalam kelalaian, Dihasut dengan pelbagai godaan.

Talasemia...

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia). Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun. Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekala

FEEL ASHAMED..???

aSSalamualikum n good morning to everyone..how about our day today??is everthing ok??depend to us to judge it..hurrhhmm.. last week was a busy day..for me, everyday was busy except weekends..hehe.. ahaks..some story to share..hari tu dalam klas waktu subjek math aku terpejam for a while..I think xde la rasa ngantuk..maybe the weather is too hot..so, I felt a little bit lazy..so ashamed..ckgu call my name..waaa...all the students moved their head to back and looked at me??(ala malkum la aku dok kat seat blkg skali)..jantung aku tersentak..luckily I don't get heart attack..huhu..I thought this was the second time kne cam nie..nasib badan la..the conclusion is,GET ENOUGH SLEEP... :)

Nothing Compares To You...

It's been seven hours + fifteen days since u took your love away I go out every night + sleep all day since u took your love away since u been gone I can do whatever I want I can see whomever I choose I can eat my dinner in a fancy restaurant but nothing I said nothing can take away these blues, 'cos nothing compares nothing compares 2 u it's been so lonely without u here like a bird without a song nothing can stop these lonely tears from falling tell me baby where did I go wrong I could put my arms around every boy I see but they'd only remind me of you I went to the doctor guess what he told me guess what he told me he said girl u better have fun no matter what u do but he's a fool 'cos nothing compares nothing compares 2 u all the flowers that u planted mama in the back yard all died when u went away I know that living with u baby was sometimes hard but I'm willing to give it another try 'cos nothing compares nothing compares 2 u

Penumpang...

Kala laut sunyi hebat melambung ombak benci Teroleng-oleng sampan kecil mengayuh cari daratan Angin jangan hembus pergi tenang ini Aku cuma penumpang menumpang damai lautmu Cuba lari menjauh desir ribut cebis hati Cuba tutup mata membutakan kejamnya dunia Demi umurku bersumpah Aku penumpang paling bertuah Punya sampan kecil tapi kuat menongkah langkah Walau compang camping bertampal gam rekahnya Walau layar cuma sehelai sejadah buruk hadiah dari Tuhanku. Malam bawa pergi matahariku Siang bawa pergi bulanku Penumpang buta tanpa cahaya Meraba-raba di lautan belantara Turun naik tinggi gunung ombak Terkapai-kapai cari capai tangan Hidayahnya Titis hujan tengkujuh ini menghanyut pergi lukisan mimpi Dingin hembus nafas sang Murabbi bagai tanda aku dikasihi Moga doa empati penumpang ini bisa terus menerobos hati Ilahi Walau sesak sempit penjara sampan dilautan sunyi Walau kencang angin tidak sayang padaku Walau dikhianati bintang penunjuk jalan ini Aku rela walau disimbah asid caci Kerna aku