Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

^_^

Kita tidak akan merasakan jatuh sehingga suatu hari kita sendiri yang mengalami kejatuhan itu kita tidak akan pernah merasai patah sehingga suatu hari kita sendiri yang mengalami kepatahan itu kita tidak akan pernah merasai pedihnya luka sehingga suatu hari kita sendiri yang mengalami luka itu kita tidak akan pernah merasai merana parah sehingga suatu hari kita sendiri yang berada dalam keadaan parah itu kasihan bukanlah ihsan simpati tidak begitu bererti empati juga belum tentu lahir dari hati lidah yang bertutur mungkin mudah mata yang memandang lagi senang tangan yang membantu mungkinkah ringan? namun, bahu yang memikul yang lebih terpukul.. p/s : sekadar contengan.. mood : sedey xblek raye aji...  =_=

UJIAN....

Ujian yang datang, seperti tiupan angin yang tidak boleh ditentu. Namun, bagaimanakah kita menyambut ujian itu, bagaimanakah kita menafsirkannya, adalah layar perahu yang kita kawal. Arah angin tidak boleh ditentu, namun layar perahu boleh dipandu. Mahu menyambut realiti kehidupan secara positif atau negatif, anda pilih sendiri. Mukmin menafsirkan kesusahan dan kesenangan, kedua-duanya adalah pelajaran daripada Allah. ... Tafsirkanlah setiap liku hidup ini sebagai bahasa Tuhan mengajar insan. 'Dialah yang telah menjadikan mati dan hidup (kamu) sebagai ujian untuk menzahirkan siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).' (al-Mulk: 2)" [Petikan daripada buku "Secangkir Teh Pengubat Letih" oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil , m/s 205 - 206]