Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

^_^

Kita tidak akan merasakan jatuh sehingga suatu hari kita sendiri yang mengalami kejatuhan itu kita tidak akan pernah merasai patah sehingga suatu hari kita sendiri yang mengalami kepatahan itu kita tidak akan pernah merasai pedihnya luka sehingga suatu hari kita sendiri yang mengalami luka itu kita tidak akan pernah merasai merana parah sehingga suatu hari kita sendiri yang berada dalam keadaan parah itu kasihan bukanlah ihsan simpati tidak begitu bererti empati juga belum tentu lahir dari hati lidah yang bertutur mungkin mudah mata yang memandang lagi senang tangan yang membantu mungkinkah ringan? namun, bahu yang memikul yang lebih terpukul.. p/s : sekadar contengan.. mood : sedey xblek raye aji...  =_=

UJIAN....

Ujian yang datang, seperti tiupan angin yang tidak boleh ditentu. Namun, bagaimanakah kita menyambut ujian itu, bagaimanakah kita menafsirkannya, adalah layar perahu yang kita kawal. Arah angin tidak boleh ditentu, namun layar perahu boleh dipandu. Mahu menyambut realiti kehidupan secara positif atau negatif, anda pilih sendiri. Mukmin menafsirkan kesusahan dan kesenangan, kedua-duanya adalah pelajaran daripada Allah. ... Tafsirkanlah setiap liku hidup ini sebagai bahasa Tuhan mengajar insan. 'Dialah yang telah menjadikan mati dan hidup (kamu) sebagai ujian untuk menzahirkan siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).' (al-Mulk: 2)" [Petikan daripada buku "Secangkir Teh Pengubat Letih" oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil , m/s 205 - 206]  

A beginning of student UMS...

alhamdulillah masih diberi nikmat utk menghirup udara segar pada hari ini.. udara nyaman menyapa diri.. syukur kerna masih kuat untuk menempuh alam kehidupan baru sebagai seorang mahasiswi.. Sabah negeri Di bawah Bayu.. finally MSM (Minggu Suai Mesra) end.. offically I'm UMS student.. 4 years here.. hope can get 1st class degree honours for my parents..insyaallah smlm shopping at one Borneo.. quite lot of thing I bought.. muka happy beli brg.. :) smpat posing lgi bah.. :P time program ke Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa (SPTA).. setiap plajar wajib tanam pokok & jaga until 4 years.. :) riadah (semangat kejo).. wif miza at DC (dewan canselor).. time ikrar pelajar.. wif yasmin a.k.a my new classmate..  P/S : new journey..new place.. may Allah bless us..aminn........ :)

kONVOI rAYE SKJP 2012...

aSsalamualaikum.. lame xpost entry.. lately bz wif packing the things to fly.. sempat beraye ngan geng SKJP.. miss my old primary school.. sakan berjalan until get headache..aisheh.. here our sweet moments.. hope can meet again someday... frenz till Jannah..  :)  zue, khalieda, n basyirah  alia, ina, n me hafizuddin n yen sarah n aina ina, ain n MAA Pudin n Harith -gegurlz- ++peace++ :) p/s : really miss this moments... :P

REBah..

Bila hati merajuk atau terguris dek perbuatan insan lain, aku tahu akan ada Dia yang sentiasa ada untuk memujukku. Dia yang sentiasa mencintai dan menyayangiku. Dia yang satu-satuNya... P/s : tiada yang seindah pujukan dari KekasihKu. yang mampu membuat yang hitam menjadi jernih. membuat yang sakit menjadi manis. Dan membuat yang keras menjadi lembut. ♥ Allah s.w.t.

MEMORY OF BEING AJKO (KMPk)...

Assalamualaikum pembuka bicara.. syukur ke hadrat Ilahi kerna dgn limpah kurnia-Nya dpt lgi menikmati nikmat iman dan islam.. Alhamdullilah... MPPB 2012.. 4 Jun until 8 Jun 2012.. sweet moments to remember.. walk in back to Kmpk after 1 month left.. terasa bru smlm mendaftarkn diri as a student matriculation.. jumpa kwn2 seperjuangan... so sweet.... :) hope ukhwah till Jannah..aminnnn....... -AJKO MPPB- MAJLIS BERSAMA ALUMNI N JPP 2011/2012  PELAJAR KMPK yG SERAMAi 2600...(1st intake)  time round 1 kmPK (agk capek ) :P AJKO-AWESOME..PERghhhhh.......

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan...

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki. 2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan. 3. Suka Menunduk Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita se

18 Cara Merawat Hati...

1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya. 2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran. 3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat. 4. Khusyuk dalam solat. 5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT. 6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya. 7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul. 8. Beriktikad dengan akidah yang betul. 9. Sentiasa melakukan muhasabah diri. 10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama. 11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam. 12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan. 13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT. 14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT. 15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.

La Tahzan..Inna Allah maana... :)

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu. Tapi sedihlah kerana kamu ti dak MEMAHAMI orang lain ♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu. Tapi sedihlah kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri ♥ Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kpd kamu. Tapi sedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN ♥ Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu. Tapi sedihlah kerana kamu tidak MENGHARGAI orang lain ♥ Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu. Tapi sedihlah kerana kamu MENGHINA diri sendiri ♥ Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu. Tapi sedihlah kerana kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri ♥ Jangan sedih jika kamu selalu JATUH. Tapi sedihlah kerana kamu tidak mahu BANGKIT kembali ♥ Jangan sedih kerana perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR. Tapi sedihlah kerana kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN                  INGATLAH! Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.

Advice 4 remind....

"Wahai manusia, sesungguhnya aku tengah menasihati kalian, dan bukan bererti aku orang yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang paling shalih di antara kalian. Sungguh, aku pun telah banyak melampaui batas terhadap diriku. Aku tidak sanggup mengekangnya dengan sempurna, tidak pula membawanya sesuai dengan kewajiban dalam mentaati Rabb-nya. Andai kata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna, nescaya tidak akan ada para pemberi nasihat.   [Al Imam Hasan Al Basri ]  

Love in Silence...

Di sudut sepi, Aku termenung sendiri, Hati bertalu lontarkan pertanyaan, Otak ligat mencari jawapan. Hati ini telah dicuri, Hati ini dipaut sepi, Aku gusar ianya satu dosa, Mencintainya tika aku mencari keredhoanNya. Ya Allah, Berkali engkau pertemukan kami, Berlalu berselisih bahu sudah selalu, Engkau tetapkan kami di suatu tempat, Namun peluang itu kami masih asing. TakdirMu melebihi segalanya, Kami bertemu jua akhirnya, Mula berkenalan dan jatuh hati, Ianya berlaku tanpa kami minta, Ianya jauh tersimpan di sudut hati. Aku merindui, aku menangisi, Aku mengadu padaNya memohon kekuatan, Mencintai dalam diam amatlah perit, Rasanya seperti ditoreh dengan belati. Dia menolak aku dengan sopan, Mencari cintaMu dahulu sebagai alasan, Aku tersenyum walaupun terkilan, Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Aku bersyukur dengan rasa ini, Aku bersyukur dipertemukan dengan dia, Dia membuat aku mencariNya, Dia membuat aku le

Duhai BUNGAKU...

Pesanan buatmu bunga dunia.. Andai ada di antara kamu yang gagal Dalam berhajat mendapatkan cinta kaum Adam Usahlah engkau berhati walang Usah ditanya apa salah kamu pada dia Jangan disoal apa kurangnya kamu dan apa lebihnya dia Sebaliknya bungaku Ucaplah syukurmu pada Dia Yang telah memilih kamu untuk merasa kecewa Dalam berhajatkan cinta insani Tempiaskan tangismu dan bisikkanlah laramu Hanya pada Dia yang amat Pemurah Kerana telah meminjamkan cinta itu kepada kamu Adat meminjam haruslah dipulangkan Jangan pernah kau lupa akan kebenarannya itu Pasti engkau masih dalam dilema bungaku Masakan aku meminta kamu bersyukur bukan Pasti kamu merasakan yang aku gembira atas kesedihan kamu Tetapi itu semua jauh dari benar Aku pinta kamu bersyukur kerana harga kamu terlalu bernilai Kerana itu kamu tidak layak dimiliki oleh insani yang tidak berhajat Membawa hubungan itu kepada akad pernikahan Kerana itu engkau harus bersyukur Bersyukur kerana engkau terlepas dari tipu daya dun

SWeet 19th.. :)

Assalamualaikum.. alhamdullilah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia-Nya dapat lagi kita menghirup udara dan menikmati kehidupan pada hari ini.. syukur kerana masih lagi dipnjangkan usia.. sweet 19th.. moga dgn bertambahnya usia seiring dgn bertambahnya amalan di dunia mahupun bekalan di akhirat.. thanks to all the people for supporting me.. to my roomate, QIRA, aUni, n Shu also  my classmate dila, hanna, aniis.. thanks 4 the surprise last night.. a sweet moment to remember.. really thankful to Allah for give this precious life..

Barakallah lakuma Puan Siraj & En. Amir

Assalamualaikum.... happy wedding to my ex-ketua dorm E34 Puan Siraj Munirah & En Amir.. may Allah bless u n happy ever after till Jannah... INsyaallah... :) tahniah.semoga berkekalan hingga akhir hayat.   perkahwinan sulung batch (KISAS) …..Jangan takut lepaskan cintamu dan bercinta dengan ALLAH, sebab ALLAH pasti akan menemukan dirimu dengan jodoh yang benar2 mencintai kamu.Bukankah orang yang soleh/solehah itu dekat dengan Tuhannya? Semakin kamu dekat dengan Tuhan, semakin dekatlah kamu dengan jodoh! P/S : saya ble lgi... :)

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba...

Ya Allah , Andai masanya belum tiba, Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta, Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, Agar Kau tunjukkan aku tuntun yang perlu aku lakukan, Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri... Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya, Maka hilanglah cintaku padanya, Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta... Ya Allah, Dan jika dia mencintai aku, Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga, Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu, Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu, Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga... Ya Allah, Jika ini bukan masanya, Jika ini belum saatnya,