Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Renungkanlah Hawa...

Hawa, Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah. Wahai Hawa, Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada su

Muslimah Yang Dikasihi...

MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan

Untukmu Rasulullah...

Sayu hatiku mengungkap rindu, Kepada insan kekasihku, Teringinku mendakap wajahmu, Wajah yang bercahaya, Mengalahkan sang suria. Ya Rasulullah, Cair qalbuku, Sebak qalbuku, Melihat dirimu, Sinar akhlakmu, Indah peribadimu, Kata-katamu, Indah menusuk qalbuku... Ya Mustofa, Resah hatiku, Pilu hatiku, Melihat dirimu, Disisih ummatmu, Tidak pernah mereka sedar, Pahit, pedih yang kau hadapi, Tika Jibrail datang bertemu, Membawa wahyu dari Ilahi, Pasti basah peluh di dahi, Menahan beratnya amanah ini... Ya Rasulullah, Cintanya dirimu kepada ummatmu, Saat Izrail menarik nyawamu, Menahan pedih nyawa ditarik, Tika nyawa dihujung kerongkongmu, Kalimah 'UMMATI!' terpatri dibibirmu, Tanda kasih pada ummatmu... Berakhirlah hidup seorang insan, Berakhirlah ujian, Berakhirlah keperitan, Tubuh muliamu terbujur kaku, Terkulai layu di pangkuan isterimu yang dicintai, Tangisan sahabat mula bergema, Merantapi pemergianmu, Susah untuk menerima, Pemergian seorang insan, Insan bernama Muhammad, Telah

BiasaN Sebutir Cahaya ...

salam.. 27/03/2005 - AHAD pagi yang suram..hujan turun bersama titis-titisan hati ini memberikan aku makna keseluruhan pada mimpi semalam.. sebuah puisi luahan dari seorg kawan ... (Are're) ..selamat pagi sang suria? itulah ungkapan ku di kala pagi hari .. namun hari ini.. hujan memonopoli dunia ini kerna ia turunkan rahmat buat insan yg telah mengerti.. semalam bagaikan hangat buatmu.. mentari menyinari sebutir permata hatimu namun hari ini kedukaan merundumkan sanubari tangisanmu pada sebuah perjalanan hidup yang tidak bertepi.. di mana silapnya ya? aku pun kurang pasti.. Are .. suatu masa kau pernah bahagia menitip memori indah buat kau ukirkan nama kasih dan sayang buat kau kenali erti "kawan" erti "persahabatan" erti "cinta" erti "hidup" erti "dunia" yang penuh pancaroba... namun silapnya takdir itu .. memisahkan kau pada dunia yang pernah kau ciptakan dulu buat aku dan teman-temanmu ... Are ... bila masa kita bercanda ria.. se

HIDUP...

resah aku menatap buku kenangan.... buku yang diwarnai tinta-tinta suka dan duka seorang insan.. insan sepi... insan luka.. insan bahagia...insan curiga... tangis dan nangis.. tawa dan ria.. Sudah tebalkah rasa tabah ku? sudah tepukah rasa kuat ku? sehingga berani menolehi satu persatu halaman buku kenangan kehidupan laluku.. atau.. akukan tejelopok dibumi rindu... mencakar-cakar tanah dendam... pada insan-insan yang telah memberikan kan aku kenangan...suka dan duka atau.... aku tetap seperti ini...? tegar hadapi segalanya.... tak seperti dulu lagi... selama nya.....

I'M 17 YEARS 0LD...!!!

aSSALAmualaikum semua..meet again in my bl0g..hehe..12/2/1993..my birthday..wah...now my ages go from 16 to 17..yuhuuu...da tue rupenye..tik..tok..tik..tok..times comes around..feel like I'm fly in the sky...w0oowww...s0,,whats up now??change myself right??to be a beter one..and the most important things,,struggle 4 SPM!!!kUang3..tkutnyer...hope my wishes come true..pray luck for me...cay0K!!CAYok!!!hehehe...

Kebaikan Membanyakkan Selawat...

Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja." Abu Umamah r.a

TIGA HAL YANG SIMPLE....

“Macam mana cuti? Best?” “Best..!!”, jawab dua anak kecilku itu, girang. Hampir seminggu kelas iqra’ kami sepi. "Mama bawa pegi mana?” "Pegi Kota (Kota Belud) dan KK (Kota Kinabalu)”, jawab si adik yang baru menginjak usia 7 tahun. "Waaahh!!”, sengaja kutunjukkan wajah teruja merai jawapan yang diberikan. "Mama ajak jalan-jalan kat KK yer?” "Iyaa… Kami pegi panggung”, jawab si abang yang berusia 12 tahun. " Pegi panggung? Tengok wayang?”, cheh! Soalan… Takkan orang pegi panggung beli ikan pula. Tapi tengah bercakap dengan anak kecil kan memang kena macam tu. “Iya… Tengok Dragon Ball Evolution”, jawab si abang lagi sedang adik di sisinya sekadar menambah dengan wajah ceria. Terserlah keseronokan mereka mengenang kembali pengalaman menonton wayang. Aku tak pasti itu kali ke berapa mereka diajak oleh si ibu menonton wayang. Kecil-kecil lagi dah merasa tengok wayang kat panggung. Aku yang dah besar ni pun cuma merasa kali pertama injak kaki kat panggung wayang