Skip to main content

BiasaN Sebutir Cahaya ...



salam..

27/03/2005 - AHAD
pagi yang suram..hujan turun bersama titis-titisan hati ini
memberikan aku makna keseluruhan pada mimpi
semalam.. sebuah puisi luahan dari seorg kawan ... (Are're)

..selamat pagi sang suria?
itulah ungkapan ku di kala
pagi hari ..
namun hari ini..
hujan memonopoli dunia ini
kerna ia turunkan rahmat buat insan yg
telah mengerti..

semalam bagaikan hangat
buatmu..
mentari menyinari sebutir permata hatimu
namun hari ini
kedukaan
merundumkan sanubari
tangisanmu
pada sebuah perjalanan hidup
yang tidak bertepi..
di mana silapnya ya?
aku pun kurang pasti..

Are ..
suatu masa kau pernah bahagia
menitip memori indah
buat kau ukirkan nama
kasih dan sayang
buat kau kenali erti "kawan"
erti "persahabatan"
erti "cinta"
erti "hidup"
erti "dunia" yang penuh pancaroba...
namun silapnya
takdir itu .. memisahkan kau
pada dunia yang pernah
kau ciptakan dulu
buat aku dan teman-temanmu ...

Are ...
bila masa kita bercanda ria..
senyum dan tawamu menjadi riang ..
aku lebih gembira..
dalam itu...
terselit perasaan duka..
bila masa kau
sembunyikan kisah
hatimu
pada "dia"...
aku..menjadi serba duka...

inilah hidup Are ..
tabahmu..
tiada batasnya..
namun..
kini kau hilang dari mata ini
kerna pergi membawa seribu memori..
moga perjalanan hidupmu
sentiasa di berkati...

Are ..siapa Naz dihatimu?
hingga senjakala
kau menipu diri..
menjadi insan
pendengar misteri...
aku sedih sendiri..melihat lakonanmu
tanpa henti...
ku bayangkan dunia ini
milikmu yang abadi..
namun kau ciptakan kebohongan
dalam diri...

sudah kan segala cerita ini
buat mu Are ..
kembali menyemai kasih mu dulu..
pada Allah..
kembali menghunikan cintamu pada Rasulmu ..
agar tiada serpihan duri
menikammu lagi..
sedih lagi sangsi...
aku akhiri dunia lakonanmu ini Are
dengan harapan
kau kembali pada asalnya..
lupakan masa dan peristiwa..
3 tahun yang lampau..
bukanya asal sebenar..
kini 3 tahun berlalu..
jadikan ia pengalaman manis kita...
dalam erti kata..
ABADI SEBUAH PENGORBANAN ..

buat Are..insan yang penuh dengan kekuatannya...(naluri)

weird!!
--------------
** lihat apa Yg ada di sekeliling ...** cahaya itu ...**

p/s : sajak yg meruntun kalbu..huhu..=(

Comments

Popular posts from this blog

Barakallah lakuma Puan Siraj & En. Amir

Assalamualaikum.... happy wedding to my ex-ketua dorm E34 Puan Siraj Munirah & En Amir.. may Allah bless u n happy ever after till Jannah... INsyaallah... :) tahniah.semoga berkekalan hingga akhir hayat.   perkahwinan sulung batch (KISAS) …..Jangan takut lepaskan cintamu dan bercinta dengan ALLAH, sebab ALLAH pasti akan menemukan dirimu dengan jodoh yang benar2 mencintai kamu.Bukankah orang yang soleh/solehah itu dekat dengan Tuhannya? Semakin kamu dekat dengan Tuhan, semakin dekatlah kamu dengan jodoh! P/S : saya ble lgi... :)

WARKAH BUAT SAHABAT...

Assalamualaikum W.b.t.. sahabat......... Izinkan mata penaku menari, mencari irama penghargaan buat ikatan persahabatan yang terindah dan tidak ternilai ini. Sahabatku... Aku suka waktu kau mendorongku bersamamu. Menjadi mawar aspirasi di Taman Larangan buat sembahan raja mujahid di Syurga Idaman. Aku suka waktu kau memberi bimbingan untukku tidak menjadi seperti epal yang berselerakan di tanah. Aku suka waktu waktu kau memintaku kekal sebagai epal larangan di puncak yang di jamin keberkatan. Aku suka waktu kau menceritakan perihal srikandi yang menjadi idola pemudi muslimah. Kekal berjuang walau nyawa menjadi taruhan. Seperti Mashitah, di pujuk anak kecilnya menyusul jalan ke syurga. Juga seperti Sumayyah yang bias menggegar dunia. Fatimah Az-zahra, penghulu wanita syurga Rabiatul Adawiyyah, bahkan Ainul Mardhiah yang bakal dinobat sebagai pemaisuri buat Raja Syahid kerana berjihad mempertahankan kedaulatan Islam. Aku gembira kerana mengenalimu sebagai SAHABATKU... Teman, injak kakiku

Perigi Cari Timba

Malu adalah sifat wanita. Sesungguhnya sifat malu itu ada pada setiap insan. Biarlah malu itu bertempat. Siapa yang memulakan langkah dahulu sama ada lelaki atau wanita itu tidak penting. Yang penting langkah itu bermula. Tiada istilah perigi cari timba di dalam Islam. Sebaik-baik percintaan adalah bercinta selepas bernikah.