Skip to main content

Entah kenapa tiba-tiba terngiang-ngiang pula bit-bit lagu tersebut di fikiran. Lantas aku melorotkan pandangan ke luar tingkap kenderaan yang ku naiki dalam perjalanan pulang.

Cuaca di luar terang, namun agak tidak menentu membuatkan kenderaan sedikit berolek ke kiri dan ke kanan, tidak seperti semasa perjalanan pergi beberapa hari lalu. Ya, kerap juga aku berulang-alik sebegini demi menuntut ilmu; ilmu dunia.

Tetapi pada masa yang sama aku turut belajar dan menghayati pelbagai perkara lagi, bukan setakat ilmu intelek, malah spiritual dan emosi.

Kaitannya dengan lagu tadi? Beberapa bulan lalu perasaan benciku meluap-luap bila mendengar lagu tersebut, tetapi mungkin atas sebab yang tidak berapa betul iaitu benci yang berlebihan dan terlalu mengikut perasaan.

Mungkin juga kerana terasa disindir. Semuanya gara-gara terkena tempias cinta yang tidak mengikut fitrah. Serupa dengan lirik lagu tersebut yang jika silap penghayatan, bakal menghalalkan yang haram dek kerana cinta.Cinta yang sepatutnya suci dan bersih mungkin dicemari unsur-unsur fitnah.

Umpama langit yang kelihatan cerah, namun hakikatnya angin kencang tidak kelihatan oleh pandangan mata kasar. Aku terpukul dan hampir-hampir saja aku gagal menamatkan pengajianku dek kekusutan yang timbul.

Manakan tidak, hatiku sayu dan aku rasa dikhianati oleh insan yang paling ku percayai sejak kami disatukan. Aku buntu... terasa seperti tiada tempat untuk ku meluahkan perasaan dan meminta pendapat semata-mata demi menjaga maruah cinta halalku, sedangkan aku amat memerlukan sokongan ketika itu.

Namun aku bersyukur, aku masih mengingati Allah... dan dengan takdir-Nya juga, aku semakin hampir dengan-Nya. Melalui laman sesawang juga aku terjumpa banyak tulisan-tulisan yang membantuku membina kekuatan, mengubati hati dan yang penting sekali bermuhasabah diri!

Dugaan yang mendatang membuatkan aku banyak berfikir bagi membetulkan diri. Mungkin aku tidak menyedari yang selama ini aku juga melakukan kesilapan dan aku leka dengan nikmat dunia yang Allah kurniakan dan meletakkan cinta (nota: cinta halal, ye!) pada makhluk lebih tinggi daripada cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, tidak seperti yang selalu dilafaz di bibir.

Dan mungkin juga kerana selama ini aku kerap bangga pada diri sendiri, kerana terus-terang selama ini aku rasakan diri aku kuat untuk menyelesaikan bebanan kerja, kerenah rakan sekerja ataupun tekanan pengajian biasanya tidak bisa membuatkan aku mengalah.

Nah, rasakan... ada juga kelemahan diri yang tidak pernah aku sedari sebelum ini. Begitu halusnya cara Allah... Subhanallah!

"Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. " (Surah al-Ra'd 13: 28)


Berpegang kepada ayat di atas, aku mengadu masalahku kepada-Nya. Alhamdulillah, aku yakin Allah mendengar doaku setiap kali selesai solat. Syukur, angin kencang kini reda dan jiwaku semakin tenang.

Tenang kerana kini aku menyerahkan semua urusan kepada Allah... Yakin bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dan Allah tetap memberikan yang terbaik buatku.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (al-Baqarah, ayat 286)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah : 216
)

Dan aku semakin matang dan faham tentang banyak perkara dalam pengajianku di Universiti Kehidupan. Insya-Allah dengan izin-Nya akan ku bina kekuatan untuk mengharungi liku-liku hidup... dan untuk beberapa bulan terakhir ini, untuk menamatkan pengajian dan menggenggam segulung lagi ijazah, insya-Allah!

Buat cinta halalku, terima kasih kerana dikau masih menghargaiku dan terus memberikan sokongan kepadaku. Namun besarlah harapanku agar kau sucikanlah cintamu... kerana cinta dari Allah itu fitrah. Semoga Allah melindungi kita dari membuat fitnah sama ada secara sedar, atau sebaliknya. Amin...

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim 14: Ayat 7)


Comments

Popular posts from this blog

La Tahzan..Inna Allah maana... :)

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu. Tapi sedihlah kerana kamu ti dak MEMAHAMI orang lain ♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu. Tapi sedihlah kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri ♥ Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kpd kamu. Tapi sedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN ♥ Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu. Tapi sedihlah kerana kamu tidak MENGHARGAI orang lain ♥ Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu. Tapi sedihlah kerana kamu MENGHINA diri sendiri ♥ Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu. Tapi sedihlah kerana kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri ♥ Jangan sedih jika kamu selalu JATUH. Tapi sedihlah kerana kamu tidak mahu BANGKIT kembali ♥ Jangan sedih kerana perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR. Tapi sedihlah kerana kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN                  INGATLAH! ...

Barakallah lakuma Puan Siraj & En. Amir

Assalamualaikum.... happy wedding to my ex-ketua dorm E34 Puan Siraj Munirah & En Amir.. may Allah bless u n happy ever after till Jannah... INsyaallah... :) tahniah.semoga berkekalan hingga akhir hayat.   perkahwinan sulung batch (KISAS) …..Jangan takut lepaskan cintamu dan bercinta dengan ALLAH, sebab ALLAH pasti akan menemukan dirimu dengan jodoh yang benar2 mencintai kamu.Bukankah orang yang soleh/solehah itu dekat dengan Tuhannya? Semakin kamu dekat dengan Tuhan, semakin dekatlah kamu dengan jodoh! P/S : saya ble lgi... :)

TO THE MOON AND BACK

I'm talking in circles Can't get out of my head I cry at commercials, and I never make the bed And I'm pulling your last thread When I'm coming unraveled [Chorus] Baby, to the Moon and back You still love me more than that When my skies are grey and my whole world is shaking To the Moon and back You love me more than that [Verse 2] When you go quiet, and won't let your guard down I hear through the silence that you're trying to figure it out You're trying to make me proud, believe me now [Chorus] Baby, to the Moon and back I still love you more than that When your skies are grey, and your whole world is shaking To the Moon and back I love you more than that [Bridge] We may fall but we'll keep on going We may break but we won't stay broken Through the cracks in the road, the flowers grow For you see our storm clouds forming And the Sun won't rise in the morning You should know [Chorus] Baby, to the Moon and back I will love you more than that Whe...