Skip to main content

LAYAKkaH aKU???

Aku manusia biasa
Penuh sifat mazmumah yang membelenggui diri
Dendam, marah, putus asa dan kecewa
Bukan itu yang aku impikan

Tapi aku ingat
Aku sememangnya tak layak
Untuk berkata dendam dan kecewa
Kenapa?

Aku kecewa
Untuk apa aku katakan aku kecewa?
Sedangkan usaha belom lagi aku lakukan
Imbas kembali detik kekasih Allah
Kembangkan syiar islam
Penuh onak dan duri
Dicaci dan dimaki sesuka hati
Tanpa rasa kecewa
Diajarkan jua umat manusia
Mencari hakikat ketuhanan yang Maha Esa
Agar berbahagia dunia dan akhirat
Untuk itu
Layakkah diriku ungkap kata 'kecewa'?

Dendam
Untuk apa aku berdendam
Hanya dek hati terguris
Oleh kata-kata yang menyakitkan
Atau perbuatannya yang kalampauan
Oh! Rugilah aku
Sedangkan Rasulullah
Hanya memaafkan umatnya
Lagi mendoakan
Mulia sungguh budi pekertinya
Tanpa perasaan dendam
Kepada sesiapa
Oh! Siapakah aku
Untuk berdendam?

Marah?
Lupakah aku pada hadith Rasulullah?
Daripada Abu Hurairah ra
Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Bukanlah seorang yang kuat itu,ialah orang yang kuat bergusti (tenaganya),
Tetapi, orang yang kuat itu
ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah
Tapi
Mengapa ia masih membelenggu diri
Bagaikan ada tali yang mengikatnya
Oh Tuhan
Syaitankah itu?
Ampuniku Ya Allah
Lindungilah diriku dari musuh-Mu

Oh Tuhanku
Aku hanya manusia biasa
Yang hina lagi dina
Yang penuh dosa kemaksiatan
Ampunilah aku
Permudahkan lah jalan-Mu
Bagiku juga umat manusia
Kejalan keredhaan-Mu...

Comments

Popular posts from this blog

La Tahzan..Inna Allah maana... :)

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu. Tapi sedihlah kerana kamu ti dak MEMAHAMI orang lain ♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu. Tapi sedihlah kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri ♥ Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kpd kamu. Tapi sedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN ♥ Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu. Tapi sedihlah kerana kamu tidak MENGHARGAI orang lain ♥ Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu. Tapi sedihlah kerana kamu MENGHINA diri sendiri ♥ Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu. Tapi sedihlah kerana kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri ♥ Jangan sedih jika kamu selalu JATUH. Tapi sedihlah kerana kamu tidak mahu BANGKIT kembali ♥ Jangan sedih kerana perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR. Tapi sedihlah kerana kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN                  INGATLAH! ...

Tips Amalan Pemakanan Sihat...

#Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring. #Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut. #Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan. #Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. #Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi. #Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas. #Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna. #Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi #Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. #Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin. #Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan...

CERITA-CERITA LAWAK...

CERITA 1 Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu, Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja. Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear. Kawan Tok Batin : ???????? CERITA2 Seorang posmen yang datang menghantar surat. ” Assalamualaikum ” ” Walaikumsalam ” ” Ni rumah encik Sameon ye? ” Ya saya” ” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ” ” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?” CERITA3 Orang Asli Dan Polis orang asli : selamat pagi tuan polis : selamat pagi polis : apa hal orang asli : saya nak buat repot tuan polis : fasal apa tu orang asli : kawan saya di baham harimau polis : pukul berapa orang asli : dia tak pukul, terkam polis : habis? orang asli : tak habis, tinggal kepala CERITA4 Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah...