Skip to main content

SEJENAK BERSANTAI...(NEKAD)



Hari ini aku bertekad untuk mencari dia walaupun aku tak pasti dimana dia.Aku hanya tahu alamat tempat kerjanya.Alamat rumah juga ada tapi aku tak pasti samaada dia ada dirumah atau sedang bekerja.Dia bekerja shif jadi sukar untuk aku tahu kerana jadual kerjanya aku tak tahu.Inilah kalau komunikasi tiada diantara kami berdua.Berbekalkal duit yang cukup-cukuo untuk aku tambang pergi balik dan duit kecemasan aku pergi mencari dia kekota.Aku tahu tindakanku ini amat bodoh kerana tanpa arah akan membahayakan aku dan anak kecilku.Melihat wajah sikecil melonjak kerianggan kerana dapat berjalan-jalan.Apalah anak kecil ini mengerti tentang gelodak dalam hatiku.Dia suamiku telah beberapa bulan tiada berita dan aku harus bertemu dengannya kerana ingin memberitahu tentang masalah rumah yang kami anak beranak tinggal akan disita.Perjalananku dua jam mengelisahkan hatiku kerana aku bimbang tidak dapat bertemu dengannya dan apa pula akan terjadi.Aku nekad sekiranya aku tidak bertemu dengannya kali ini aku sendiri akan pergi dari hidupnya buat selama-lamanya. Tiba di stesen aku terus mendapatkan teksi terus ketempat kerjanya.Memang malang nasibku kerana dia tiada.Airmataku deras mengalir.."umi,nape nanggis",kata anak kecil berumur 4 tahun yang petah bercakap."em..tiada apa-apa nak cuma habuk masuk kemata umi".Begitulah pembohongganku pada sikecil setiap kali nampak aku menangis.Aku melangkah dengan longlai hanya satu arahku menuju kerumahnya.Aku menahan teksi terus ke Flat tempat tinggl dia. Sekali lagi nasibku amat malang dia tiada.Rumah berkunci dan aku dan anak kecil hanya menanti dipintu keletihan.Setelah kufikir-fikir lebih baik aku pulang saja kekampung halaman kerana tiada guna lagi aku menanti dan mencari sedangkan dia tahulah kemana harus mencariku nanti. Aku sendiri harus berusaha untuk menyelesaikkan segala masalah aku dan satu saja nekadku..aku akan pergi dari kehidupan dia buat selamanya dan meanggap dia tiada lagi dalam hidupku.Sepanjang perjalanan airmata ku sudah kering dan tidak akan menanggis lagi itulah janjiku.Aku berikrar akan mempastikan kehidupan anak-anakku akan terjamin walau tanpa bantuan dia suamiku.Biarlah segala yang berlaku ini menjadi satu pengajaran padaku...

Comments

Popular posts from this blog

HIDUP...

resah aku menatap buku kenangan.... buku yang diwarnai tinta-tinta suka dan duka seorang insan.. insan sepi... insan luka.. insan bahagia...insan curiga... tangis dan nangis.. tawa dan ria.. Sudah tebalkah rasa tabah ku? sudah tepukah rasa kuat ku? sehingga berani menolehi satu persatu halaman buku kenangan kehidupan laluku.. atau.. akukan tejelopok dibumi rindu... mencakar-cakar tanah dendam... pada insan-insan yang telah memberikan kan aku kenangan...suka dan duka atau.... aku tetap seperti ini...? tegar hadapi segalanya.... tak seperti dulu lagi... selama nya.....

FAMOUS AMOS HORLICKS COOKIES

Bahan-bahan: 1 buku buttercup 1 1/2 cawan gula castor 1 biji telur 1 penutup esen vanilla 1 sudu besar soda bikarbonat 1sudu besar baking powder 1 cawan minyak masak 3 1/2 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan tepung jagung 1 1/2 cawan horlicks 1/2 cawan susu tepung 1 cawan almond nibs (bakar dahulu dalam 5 minit) 1 cawan beryls milk choc coin 1/2 cawan dark choc chip 1/2 cawan caramel chip  Cara-cara: Satukan butter, gula castor, telur dan esen vanilla. Kacau dengan senduk hingga sebati. Masukkan horlicks, susu tepung, soda bikarbonat, baking soda, tepung gandum dan tepung jagung. Kacau hingga sebati. Kemudian tuangkan minyak sedikit demi sedikit sehingga adunan konsisten. Kacau lagi. Adunan akan menjadi sedikit lembik, jangan risau. Masukkan choc coins, almond nibs, dark choc, caramel chip. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam chiller dalam 15 minit. Cubit atau masukkan ke dalam piping bag. Bentukkan bulat kecil dan letakkan atas loyang. Bakar dengan suhu 150 degree atau selama 15 mi...

Kebaikan Membanyakkan Selawat...

Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja." Abu Umamah r.a